Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
12 April 2010 hingga 14 April 2010
171) KUTIPAN HASIL
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Kerajaan Negeri Selangor telah menjalankan pelbagai strategi untuk meningkatkan kutipan hasil. Sejauh manakah strategi-strategi tersebut telah berjaya meningkatkan hasil secara berkesan ?
Kerajaan Negeri Selangor telah menjalankan pelbagai strategi untuk meningkatkan
kutipan hasil. Antaranya ialah melaksanakan Operasi Bersepadu Mengutip Hasil Tanah
(Ops. Kutip 2009) dengan kerjasama di antara Perbendaharaan Negeri Selangor,
semua Pejabat Tanah dan Daerah, Pejabat Tanah dan Galian Selangor dan Pusat ICT
Selangor sebagai satu pasukan. Operasi Kutip tersebut juga akan diteruskan pada
tahun 2010.
Di antara pendekatan yang dilaksanakan melalui Ops. Kutip adalah seperti berikut:-
i) Polisi ‘Knock Door’ iaitu dengan menghantar notis tuntutan dan surat peringatan
terus kepada penunggak-penunggak tegar;
ii) mengadakan siri perbincangan bersama penunggak-penunggak tegar bagi
menyelesaikan cukai tanah tertunggak;
iii) memberikan peluang kepada penunggak untuk membayar secara ansuran
berjadual dengan syarat pembayaran dibuat secara konsisten; dan
iv) sekiranya penunggak tegar tersebut masih tidak menjelaskan cukai tanah
tertunggak, Pejabat Tanah dan Daerah tanpa teragak-agak akan terus
menguatkuasakan Notis 6A, Notis Tuntutan Hasil Tertunggak dan sekiranya
dalam tempoh 3 bulan ia masih tidak dijelaskan maka seterusnya Notis 8A,
Rampasan Tanah akan dilaksanakan.
Selain daripada Ops. Kutip, Kerajaan Negeri juga memberikan Insentif Pengurangan
Denda Lewat bagi menggalakkan pembayaran cukai oleh individu dan syarikat iaitu:-
i) pengurangan sehingga 50% bagi denda lewat cukai tanah di atas pertimbangan
oleh Pegawai Tanah dan Daerah atas terma dan syarat yang ditetapkan iaitu jika
terdapat permasalahan tanah, pematuhan kepada jadual pembayaran, individu
atau syarikat belum pernah diberikan pengurangan denda lewat sebelum ini dan
beberapa pertimbangan lain oleh Pegawai Tanah dan Daerah; dan
ii) pengurangan sehingga 100% di atas pertimbangan oleh Pengarah Tanah dan
Galian Selangor atas terma dan syarat yang ditetapkan iaitu jika terdapat
permasalahan tanah, pematuhan kepada jadual pembayaran, syarikat belum
pernah diberikan pengurangan denda lewat sebelum ini dan beberapa
pertimbangan lain oleh Pengarah Tanah Galian Selangor.
Kerajaan Negeri terutamanya melalui Pejabat Tanah dan Daerah sentiasa berusaha
meningkatkan kutipan cukai tanah melalui beberapa kaedah iaitu:-
i) Mengenal pasti serta mengasingkan semua hakmilik (tertunggak) yang
bermasalah agar tindakan susulan dapat diambil;
ii) Membuka kaunter kutipan di luar pejabat bagi Pejabat Tanah Daerah di kawasan
pedalaman;
iii) Membuka kaunter pada waktu rehat; dan
iv) Menambahkan saluran / kaedah pembayaran secara online dan pusat
pembayaran di kaunter PBT.
Selain daripada usaha-usaha meningkatkan hasil melalui kutipan cukai tanah, Kerajaan
Negeri pada tahun 2010 juga ada rancangan dasar bagi meningkatkan Hasil Bukan
Cukai melalui Premium Perlanjutan Tempoh Pajakan di Negeri Selangor.
Berikutan daripada strategi Ops Kutip 2009 dan Insentif Pengurangan Denda Lewat,
prestasi kutipan cukai tanah bagi tahun berakhir 31 Disember 2009 telah meningkat
sebanyak RM8.08 juta menjadikan kutipan sebanyak RM443,304,348.85 berbanding
dengan tempoh yang sama pada tahun lalu sebanyak RM435,224,001.77 dan mencapai
sasaran sebanyak 106.45% berbanding Anggaran Hasil 2009. -
Sila senaraikan jumlah kutipan hasil Taksiran di Majlis-Majlis Perbandaran dan Majlis Daerah daripada tahun 2008, 2009 dan sehingga suku pertama tahun 2010. Sila juga senaraikan jumlah tunggakan cukai taksiran tersebut untuk tahun 2008 dan 2009
Jumlah kutipan hasil taksiran berserta tunggakan di Majlis-Majlis Perbandaran dan
Majlis Daerah bagi tahun 2008 adalah seperti di Lampiran 1 dan bagi tahun 2009 adalah
seperti di Lampiran 2. Laporan kutipan hasil taksiran dan tunggakan bagi suku tahun
pertama 2010 masih dalam penyediaan Pihak Berkuasa Tempatan. Laporan kutipan
hasil taksiran dan tunggakan sehingga Februari 2010 disertakan di Lampiran 3. -
Sila senaraikan jumlah kutipan cukai tanah mengikut Pejabat Penyata Tanah di Negeri Selangor mengikut tahun 2008 dan 2009. Sila juga senaraikan tunggakan cukai tanah tersebut untuk tahun 2008 dan 2009.
Seperti di lampiran 4
Sumber: Laporan Bulanan yang dihantar oleh PBT ke Seksyen PBT, UPEN
PENCAPAIAN KUTIPAN HASIL
PBT SEHINGGA 31 DISEMBER 2008
BIL PBT
KUTIPAN SEMASA KUTIPAN TUNGGAKAN
JUMLAH PERLU JUMLAH (RM)
DIKUTIP RM
KUTIPAN 2008
RM % JUMLAH PERLU DIKUTIP RM KUTIPAN 2008 RM %
1. MBSA 145,926,888.10 131,360,083.71 90.02 32,005,474.19 14,392,471.82 44.97 145,752,555.53
2. MBPJ 163,712,182.00 145,018,152.00 88.58 34,425,372.00 16,345,873.00 47.48 161,364,025.00
3. MPK 128,089,158.65 114,706,144.60 89.55 40,561,528.29 17,969,371.76 44.30 132,675,516.36
4. MPAJ 81,181,827.50 69,291,925.35 85.35 8,232,826.59 6,042,925.49 73.40 75,334,850.84
5. MPSJ 140,974,182.81 128,789,773.63 91.36 18,659,504.00 14,366,485.89 76.99 143,156,259.52
6. MPS 76,788,342.86 68,982,326.72 89.83 11,029,929.12 7,402,706.48 67.11 76,385,033.20
7. MPKj 60,982,635.30 55,377,223.74 90.81 14,364,730.62 6,914,314.38 48.13 62,291,538.12
8. MPSp 39,894,974.00 33,771,881.00 84.65 7,404,408.08 4,318,419.00 58.32 38,090,300.00
9. MDKS 9,345,774.98 8,295,908.37 88.77 3,830,570.03 2,514,001.01 65.63 10,809,909.38
10. MDHS 16,574,138.60 16,861,986.06 101.7
4 9,373,095.81 9,491,063.72 101.2
6 26,353,049.78
11. MDKL 16,559,580.90 14,279,547.13 86.23 5,725,608.66 2,777,561.90 48.51 17,057,109.03
12. MDSB 3,454,147.64 2,884,726.64 83.51 954,248.22 368,585.24 38.63 3,253,311.88
JUMLA
H 883,483,833.34 789,619,678.95 89.4 186,567,295.61 102,903,779.69 55.16 892,523,458.64
LAMPIRAN 1
Sumber: Laporan Bulanan yang dihantar oleh PBT ke Seksyen PBT, UPEN
PENCAPAIAN KUTIPAN HASIL
PBT SEHINGGA 31 DISEMBER 2009
BIL PBT
KUTIPAN SEMASA KUTIPAN TUNGGAKAN
JUMLAH PERLU JUMLAH (RM)
DIKUTIP RM
KUTIPAN 2009
RM % JUMLAH PERLU DIKUTIP RM KUTIPAN 2009 RM %
1. MBSA 148,189,837.30 133,171,178.60 89.87 29,300,565.87 10,970,344.63 37.44 144,141,523.23
2. MBPJ 165,257,462.00 146,166,526.00 88.45 33,382,166.00 18,813,002.00 56.36 164,979,528.00
3. MPK 134,403,336.70 119,563,543.05 88.96 46,761,117.02 20,414,034.91 43.66 139,977,577.96
4. MPAJ 83,447,417.77 71,225,715.98 85.35 14,025,332.08 8,904,940.69 63.49 80,130,656.67
5. MPSJ 145,614,578.30 136,935,960.60 94.04 16,095,626.71 12,482,618.57 77.55 149,418,579.17
6. MPS 80,750,612.25 74,191,438.73 91.88 10,053,170.05 7,846,890.56 78.05 82,038,329.29
7. MPKj 61,699,944.74 58,184,911.85 94.30 17,510,977.98 8,825,283.98 50.40 67,010,195.83
8. MPSp 41,318,414.34 37,962,966.00 91.88 8,049,629.87 6,477,102.00 80.46 44,440,068.00
9. MDKS 13,734,270.56 8,910,826.69 64.88 8,113,004.20 2,448,354.94 30.18 11,359,181.63
10. MDHS 18,515,038.82 18,054,817.56 97.51 13,218,836.94 4,863,374.63 36.79 22,918,192.19
11. MDKL 18,552,315.50 16,296,162.95 87.84 2,678,925.59 2,176,165.77 81.23 18,472,328.72
12. MDSB 3,624,754.62 2,856,145.64 78.80 1,155,084.98 364,449.44 31.55 3,220,595.08
JUMLAH 915,107,982.90 823,520,193.65 90.0 200,344,437.29 104,586,562.12 52.20 928,106,755.77
LAMPIRAN 2
Sumber: Laporan Bulanan yang dihantar oleh PBT ke Seksyen PBT, UPEN
PENCAPAIAN KUTIPAN HASIL
PBT SEHINGGA 28 FEBRUARI 2010
BIL PBT
KUTIPAN SEMASA KUTIPAN TUNGGAKAN
JUMLAH PERLU JUMLAH (RM)
DIKUTIP RM
KUTIPAN 2010
RM % JUMLAH PERLU DIKUTIP RM KUTIPAN 2010 RM %
1. MBSA 76,098,713.45 57,033,044.84 74.95 33,348,879.94 8,238,335.20 24.70 65,271,380.04
2. MBPJ 87,200,281.00 57,699,554.00 66.17 33,125,711.00 6,453,465.00 19.48 64,153,019.00
3. MPK 68,730,196.25 52,471,511.92 76.34 43,762,426.77 10,748,022.14 24.56 63,219,534.06
4. MPAJ 42,423,402.16 28,168,106.02 66.40 17,342,093.18 2,318,596.92 13.37 30,486,702.94
5. MPSJ 74,662,173.23 58,788,620.96 78.74 12,291,625.84 2,467,383.87 20.07 61,256,004.83
6. MPS 41,256,929.55 29,404,364.71 71.27 18,774,489.00 2,573,198.87 13.71 31,977,563.58
7. MPKj 30,199,579.30 22,386,785.94 74.13 13,092,120.25 1,803,149.63 13.77 24,189,935.57
8. MPSp 21,303,605.00 12,940,251.00 60.74 6,134,000.00 416,138.00 6.78 13,356,389.00
9. MDKS 7,816,542.27 3,369,050.46 43.10 14,511,680.83 717,853.49 4.95 4,086,903.95
10. MDHS 9,433,714.27 7,682,771.74 81.44 10,879,682.86 1,004,962.07 9.24 8,687,733.81
11. MDKL 18,800,000.00 7,156,220.44 38.07 6,448,938.40 465,336.43 7.22 7,621,556.87
12. MDSB 1,852,734.73 1,185,345.36 63.98 1,559,244.52 151,593.88 9.72 1,336,939.24
JUMLAH 479,777,871.21 338,285,627.39 70.5 211,270,892.59 37,358,035.50 17.68 375,643,Sumber: Laporan Bulanan yang dihantar oleh PBT ke Seksyen PBT, UPEN