Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 April 2010 hingga 14 April 2010

162) SKIM MESRA USIA EMAS

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapa peratus bilangan waris peserta yang masih tidak menerima pembayaran wang ihsan khususnya di DUN Pelabuhan Klang?

    Bagi DUN Pelabuhan Klang jumlah yang dilaporkan meninggal dunia seramai 118
    orang. Daripada jumlah tersebut 104 orang (88%) telah menerima Bayaran Peringkat
    Pertama (RM1000). Sementara 84 orang (71%) telah bayaran penuh (RM2500).
    Daripada jumlah kematian di atas 12% masih belum menerima Bayaran Peringkat
    Pertama (RM1000) dan 29% masih belum menerima bayaran penuh (RM2500).

  2. Mengapakah kelewatan masih berlaku walaupun skim ini telah berusia 2 tahun dan apakah terdapat prosedur selain dokumen yang dilampirkan di dalam borang pendaftaran?

    Tiada sebarang prosedur tambahan selain yang dilampirkan dalam borang pendaftaran.
    Kelewatan bayaran masih berlaku kerana dokumen yang tidak lengkap, maklumat yang
    diterima tidak tepat di samping banyak masalah khususnya di Pelabuhan Klang yang
    ditinggalkan oleh mereka yang diamanahkan sebelum ini yang gagal diselesaikan
    dengan baik. Ia memerlukan penelitian, maklumat-maklumat tertentu perlu dilengkapkan
    agar dapat diselesaikan dengan cara terbaik oleh petugas baru yang
    dipertanggungjawabkan.

  3. Dari manakah Kerajaan Negeri Selangor mendapatkan wang peruntukan untuk menyalurkan pembayaran wang SMUE kepada penduduk yang berdaftar dan berapakah jumlah perbelanjaan setakat ini yang telah dibayar kepada semua peserta skim yang telah direkodkan oleh agensi?

    Kerajaan Negeri Selangor mendapat peruntukan kewangan melalui pelbagai sumber
    termasuklah daripada hasil batuan dan mineral. Sehingga 31hb Mac 2010, sejumlah
    RM25.557 juta telah dibelanjakan untuk Pembayaran Peringkat Pertama dan Kedua
    skim ini.

Lampiran

Tiada Lampiran.