Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
12 April 2010 hingga 14 April 2010
161) TANAH DI JETI 7A
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah keputusan kerajaan Negeri Selangor tentang pengambilan tanah di jeti 7A untuk dijadikan jeti kekal penduduk di Sg. Lima dan Pulau Ketam ?
Tapak jeti pada asalnya merupakan tanah kerajaan akan tetapi ia telah didaftarkan hak
milik untuk pembinaan Harbour City pada 4 Julai 2002. Untuk makluman semua Ahli
Yang Berhormat, tanah yang diperlukan untuk keperluan jeti awam penduduk Pulai
Ketam hanya 0.3761 ekar dan pengambilan belum dilaksanakan. -
Bilakah projek ini dapat dilaksanakan dan berapa kos untuk projek ini ?
Kerajaan Negeri tidak bercadang untuk membina sebuah jeti awam yang baru, namun
begitu Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) akan menggantikan pontoon yang telah
tenggelam sebelum ini dengan sebuah pontoon baru dan kerja-kerja penggantian telah
dimulakan. -
Berapa jumlah pampasan untuk tujuan pengambilan tanah ?
Jumlah pampasan yang akan dikenakan adalah bergantung kepada penilaian yang akan
dilaksanakan oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta yang kemudian akan
diputuskan oleh Pentadbir Tanah Daerah Klang.