Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 April 2010 hingga 14 April 2010

154) MENJANA EKONOMI IBU TUNGGAL

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah keseluruhan ibu tunggal yang telah berdaftar dengan agensi yang dilantik oleh Kerajaan Negeri khususnya DUN Pelabuhan Klang?

    Untuk menentukan jumlah ibu tunggal di negeri Selangor, Kerajaan negeri talah
    melancarkan sistem pendaftaran ibu tunggal atau dikenali Portal Ibu Tunggal. Melalui
    portal ini, ibu tunggal yang telah mendaftarkan diri mereka secara talian dan boleh
    mendapatkan informasi terkini mengenai ibu tunggal khasnya dan hal ehwal wanita
    amnya. Sehingga 31hb Mac 2010, terdapat seramai 20,716 orang ibu tunggal yang telah
    berdaftar di dalam portal ini. Bagi Dewan Negeri Pelabuhan Klang terdapat seramai 126
    orang ibu tunggal yang berdaftar.

  2. Apakah bantuan/ jenis latihan kemahiran berterusan yang disalurkan kepada mereka bagi memastikan kelangsungan perniagaan mereka untuk beroperasi?

    Bagi memasikan golongan ibu tunggal mampu menjana ekonomi mereka, kerajaan
    negeri telah memberikan beberapa jenis bantuan yang dapat membantu mereka.
    Antara bantuan yang disediakan adalah seperti bantuan “BluePrint” kemiskinan yang
    menyasarkan kapada golongan yang berpendapatan rendah dengan memberikan
    bantuan dari segi peralatan seperi mesin jahit, mesin uli tepung, oven gas dan lain-lain
    lagi.
    Selain itu, terdapat juga bantuan kepada golongan usahawan iaitu bantuan dana Indusri
    Kecil dan Sederhana (IKS), bantuan pertanian, penternakan dan nelayan. Dan yang
    terkini, bantuan Mikrokredit, yang mana bantuan ini memberikan bantuan dari segi
    kewangan untuk mereka yang layak dalam membangunkan ekonomi keluarga.

  3. Berapa peratus bilangan ibu tunggal berdaftar yang masih tidak menerima bantuan daripada Kerajaan Negeri?

    Tujuan Kerajaan Negeri melancarkan portal ibu tunggal bukan untuk memberi bantuan
    kepada meraka yang berdaftar, sebaliknya adalah untuk pengkalan data untuk Kerajaan
    Negeri bagi tujuan merangka program-program yang bersesuaian untuk mereka.
    Sekiranya mereka memerlukan bantuan dari segi elaun bulanan, mereka boleh merujuk
    kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Lampiran

Tiada Lampiran.