Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
12 April 2010 hingga 14 April 2010
150) KUIL SIVAN DI BUKIT GASING
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Hal Ehwal Selain Islam
Adun: Y.B. Tuan Edward Lee Poh Lin
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah status kuil terkini berkenaan keselamatan dan geran tanah (land title)?
Untuk makluman, permohonan bagi tapak Kuil Sivan di Bukit Gasing masih di dalam
tindakan oleh Pentadbiran ini untuk menyediakan kertas Ringkasan bagi mendapatkan
perakuan daripada Mesyuarat Jawatankuasa Hal Ehwal Selain Islam Negeri Selangor.
Dimaklumkan juga, kawasan yang dipohon telah diwartakan sebagai kawasan hijau
(G.N.807-67) kerana tapak yang dipohon merupakan kawasan yang berbukit (tanah
tinggi). Seperti mana ulasan daripada Jabatan Mineral dan Geosains Selangor / Wilayah
Persekutuan, kawasan ini dikategorikan sebagai Kelas III dan Kelas IV di mana
sebarang cadangan mengekalkan kawasan tersebut sebagai kawasan hijau dan tidak
dibangunkan kecuali untuk kerja-kerja penyelenggaraan adalah amat dialu-alukan. Ia
adalah selaras dengan polisi Kerajaan Negeri Selangor untuk tidak membenarkan
sebarang pembangunan di kawasan Kelas III dan Kelas IV. -
Bilakah kuil tersebut akan mula beroperasi?
Tertakluk kepada keputusan Pihak Berkuasa Negeri.