Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 April 2010 hingga 14 April 2010

147) PERUNTUKKAN MARRIS JALAN DARI KERAJAAN PERSEKUTUAN

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah peruntukkan MARRIS daripada kerajaan persekutuan kepada kerajaan negeri pada tahun 2008 dan 2009?

    Untuk makluman jumlah peruntukan MARRIS yang disalurkan oleh Kerajaan
    Persekutuan kepada Kerajaan Negeri pada tahun 2008 berjumlah RM300,966,292.00
    dan pada tahun 2009 berjumlah RM315,627,131.00.

  2. Berapakah peruntukkan tersebut diagihkan kepada setiap PBT pada tahun 2008 dan 2009?

    Daripada sejumlah RM300,966,292.00 peruntukan yang diterima pada 2008 sejumlah
    RM130,000,000.00 telah diagihkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan bagi menaik taraf
    jalan dan menyelenggara parit monson di kawasan yang dikawal selia oleh PBT.
    Manakala pada tahun 2009, daripada RM315,627,131.00 peruntukan MARRIS yang
    diterima sebanyak RM76,000,000.00 diagihkan kepada PBT bagi tujuan yang sama iaitu
    menaik taraf jalan dan menyelenggara parit monson.

  3. Apakah kriteria yang diguna pakai untuk pengagihan peruntukkan tersebut kepada PBT?

    Untuk makluman Y.B. pengagihan peruntukan MARRIS kepada PBT di Negeri Selangor
    adalah berdasarkan kepada panjang jalan dan parit yang akan di selenggara oleh PBT
    dan bergantung juga kepada kedudukan kewangan PBT dari semasa ke semasa.

Lampiran

Tiada Lampiran.