Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 April 2010 hingga 14 April 2010

143) PEMBANGUNAN ICT

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah tahap kemajuan pelaksanaan WIFI yang telah dijanjikan dalam kawasan DUN Pelabuhan Klang (sebahagian dari projek WIFI di dalam Negeri Selangor)?

    Tahap kemajuan pelaksanaan WIFI dalam kawasan DUN Pelabuhan Klang masih
    belum dilaksanakan di mana ianya akan dilaksanakan pada fasa ketiga (3).

  2. Di manakah lokasi terawal di dalam DUN Pelabuhan Klang yang telah dipilih untuk dimulakan projek ini?

    Belum ditentukan. Sedang mengkaji tempat yang bersesuaian.

  3. Nyatakan peta liputan kawasan penembusan jalur lebar terkini di Selangor?

    Tiada rekod. Maklumat hanya boleh diperolehi daripada pihak Suruhanjaya Komunikasi
    dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang memantau dan mengawal selia semua syarikat
    telekomunikasi dan Internet Service Provider (ISP).

Lampiran

Tiada Lampiran.