Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 April 2010 hingga 14 April 2010

138) MASALAH KILANG HARAM

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah pencapaian kerajaan dari segi pemutihan kilang-kilang haram? Minta satu senarai pemutihan meingkut daerah.

    Pencapaian kerajaan dalam Program Pemutihan Kilang-Kilang Tanpa Kebenaran
    adalah seperti di Lampiran A.

    LAPORAN KEMAJUAN PROGRAM PEMUTIHAN KILANG TANPA KEBENARAN MENGIKUT DAERAH
    (SEHINGGA 31 MAC 2010)
    DAERAH BIL. LOT
    BIL.
    PERMOHONAN
    T/SYARAT
    KEPUTUSAN PERMIT KHAS SEMENTARA BAYARAN
    PREMIUM/PERMIT
    LULUS TOLAK TANGGUH 2007 2008 2009 2010 DITERIMA
    PETALING 985 610 564 4 42 1 0 0 0 40,501,430.50
    KLANG 434 111 93 8 6 424 415 434 0 18,456,977.50
    GOMBAK 44 13 32 0 12 32 0 0 0 342,056.34
    HULU LANGAT 467 89 70 6 9 53 18 17 0 14,948,514.60
    KUALA LANGAT 442 70 96 8 3 90 10 35 0 7,531,533.50
    SEPANG 64 36 36 0 0 15 0 5 1 1,597,308.00
    HULU SELANGOR 14 6 0 0 0 14 12 8 0 34,200.00
    KUALA SELANGOR 34 8 8 0 0 21 18 11 0 656,122.00
    SABAK BERNAM 17 9 0 0 0 0 0 8 0 8,000.00
    JUMLAH 2,501 952 899 26 72 650 473 518 1 84,076,142.44

  2. Apakah halangan utama yang dihadapi kerajaan dalam memutihkan kilang-kilang haram ini?

    Halangan utama yang dihadapi kerajaan dalam memutihkan kilang-kilang tanpa
    kebenaran adalah keengganan tuan tanah untuk mengemukakan permohonan tukar
    syarat kepada Pejabat Tanah yang berkenaan.

  3. Apakah insentif-insentif yang ditawarkan kepada pekilang-pekilang ini untuk tujuan pemutihan?

    nsentif-insentif yang ditawarkan oleh Kerajaan Negeri kepada tuan tanah / pengusaha
    kilang bagi tujuan pemutihan adalah seperti berikut:
    i) Pengurangan Premium Tambahan
    Pemberian potongan sebanyak 50% bagi bayaran yang dibuat dalam tempoh
    tiga (3) bulan atau 30% bagi bayaran yang dibuat dalam tempoh enam (6) bulan
    atau 10% bagi bayaran yang dibuat dalam tempoh sembilan (9) bulan kepada
    pemilik tanah yang menjelas premium secara sekaligus atau ansuran dalam
    tempoh tersebut.
    (ii) Bayaran premium secara ansuran
    Pemilik tanah dibenarkan membayar premium secara ansuran sebanyak dua
    belas (12) kali dalam tempoh lapan belas (18) bulan atau dua puluh empat (24)
    bulan dari tarikh Borang 5A atau 7G dikeluarkan bagi permohonan yang baru
    diluluskan atau mengikut baki tempoh yang ada dalam Borang 5A atau 7G yang
    dikeluarkan bagi permohonan yang telah diluluskan terdahulu.
    iii) Pengecualian premium khas
    Pemilik tanah dikecualikan daripada dikenakan premium khas atau denda yang
    telah ditetapkan di bawah Kaedah 11(6), Kaedah–Kaedah Tanah Selangor 2003
    kepada pemilik tanah yang melanggar syarat kegunaan tanah.
    iv) Pelanjutan tempoh pajakan atas syarat guna tanah pertanian bagi tanah
    bertempoh pajakan kurang lima belas (15) tahun
    Permohonan perlanjutan tempoh pajakan atas syarat guna tanah pertanian yang
    mempunyai baki tempoh pajakan kurang 15 tahun diluluskan atas kegunaan
    industri dan permium dikenakan berdasarkan nilaian tanah semasa serta diberi
    pengurangan premium sebanyak 50 peratus. Pengurangan ini dikecualikan bagi
    mereka yang telah mendapat insentif pengurangan premium tambahan.
    (v) Insentif Dari PBT
    Resolusi berkenaan Insentif untuk kilang-kilang tanpa kebenaran bagi
    memastikan kilang-kilang ini dapat beroperasi secara sah hendaklah
    digunapakai.
    (vi) Penurunan Kuasa
    Bagi mempercepatkan dan memudahkan proses permohonan tukar syarat,
    kuasa melulus permohonan tukar syarat di bawah seksyen 124(1)(a) dan (c),
    124A dan 204A, Kanun Tanah Negara bagi kilang-kilang tanpa kebenaran
    diturunkan kepada Pentadbir Tanah Daerah tertakluk kepada kilang-kilang yang
    berada di dalam zon yang ditetapkan.
    vii) Pengenaan Syarat Teknikal Minima
    Garis panduan Syarat Teknikal Minima digunapakai oleh semua PBT di Selangor
    sebagai rujukan bagi meluluskan permohonan tukar syarat tanah untuk kilang–
    kilang tanpa kebenaran. Syarat Teknikal Minima ini akan digunapakai sebagai
    rujukan sepanjang program pemutihan ini dijalankan.
    (viii) Program ‘Outreach’
    Program ini dijalankan bagi memberi penerangan tentang program pemutihan
    serta mendekatkan pihak berkuasa berkaitan dengan pemilik-pemilik tanah dan
    pengusaha-pengusaha kilang tanpa kebenaran. Di antara program ‘outreach’
    ialah pengedaran brosur-brosur kepada pemilik-pemilik tanah dan pengusahapengusaha kilang tanpa kebenaran, program turun padang oleh pegawaipegawai dan kakitangan yang terlibat secara langsung di dalam program
    pemutihan dan memberi khidmat nasihat dan bantuan di dalam melengkapkan
    borang-borang permohonan tukar syarat.
    ix) Pengecualian Caruman Infrastruktur Sosial
    Kerajaan Negeri bersetuju untuk memberi pengecualian daripada dikenakan
    caruman infrastruktur sosial sebanyak RM50,000.00 seekar bagi kawasan
    Lembah Klang dan RM35,000.00 seekar bagi kawasan di luar Lembah Klang.
    x) Pengeluaran Permit Khas Sementara
    Kerajaan Negeri telah membuat keputusan untuk mengeluarkan suatu permit
    khas bagi penggunaan sementara tanah-tanah pertanian yang didirikan kilangkilang tanpa kebenaran. Kuasa bagi meluluskan permit ini telah diturunkan
    kepada PTD dan permit-permit akan dikeluarkan oleh Pejabat Tanah yang
    berkenaan untuk tempoh tidak melebihi satu (1) tahun. Permit tersebut juga
    hanya boleh diperbaharui sebanyak tiga (3) kali sahaja. Dalam masa tersebut
    tuan tanah hendaklah membuat permohonan secara teratur di bawah seksyen
    124 KTN atau 124A KTN atau tindakan perampasan tanah boleh dibuat.
    xi) Pengeluaran Lesen Perniagaan Sementara
    Pihak Berkuasa Tempatan juga akan mengeluarkan lesen perniagaan sementara
    (trade license) kepada pengusaha / pemilik kilang yang telah dikenalpasti.
    (xii) Pelarasan Cukai Tanah
    Kerajaan Negeri juga bersetuju meluluskan pelarasan cukai tanah bagi
    memberikan kesahan undang-undang atau pemutihan kepada aktiviti-aktiviti
    yang menjurus kepada pelanggaran syarat tanah di atas tanah hakmilik yang
    kategori bangunan kediaman tetapi telah dibenarkan beroperasi melalui lesen
    perniagaan yang dikeluarkan oleh PBT.
    xiii) Pelanjutan Tempoh Permohonan Tukar Syarat
    Tempoh untuk mengemukakan permohonan tukar syarat dilanjutkan sehingga
    30 Jun 2010 untuk memberi peluang kepada pengusaha kilang / tuan tanah terus
    beroperasi secara sah dan mampu menyumbang ke arah pembangunan
    ekonomi masyarakat setempat

Lampiran

Tiada Lampiran.