Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 April 2010 hingga 14 April 2010

127) MASALAH PENGELUARAN HIDROGEN SULFIDA (H2S) DAN GAS METANA (METHANE) DARI BEKAS LOMBONG DI TAMAN SRI MANJA, KAWASAN TAMAN MEDAN

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Edward Lee Poh Lin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapa lama kah masalah ini sudah berlanjutan?

    Masalah pencemaran gas Hidrogen Sulfida (H2S) dan gas Metane (methane) telah
    dikenalpasti oleh MBPJ seawal 2004 dan masalah masih berlarutan sehingga kini.

  2. Secara terperinci, apakah keputusan dan tindakan kerajaan negeri dan/atau pihak Menteri Besar untuk menyelesaikan masalah ini?

    Isu bau busuk ini telah disiasat dan diberi perhatian Majlis sejak 17 Februari 2004 dan
    jawatankuasa yang dibentuk telah mencadangkan ”Kajian Penilaian Pencemaran
    Persekitaran dan Geoteknikal di Kawasan Tasik Lombong PJS 3, Taman Sri Manja,
    Petaling Jaya” dengan skop kerja seperti berikut:
    i) Mengenalpasti jenis pencemaran dan menilai risiko pencemaran daripada tanah,
    air larut resap, gas, udara persekitaran ”ambient air” , air permukaan dan air
    bawah tanah.
    ii) Menilai ciri-ciri fizikal kawasan dari segi geologi, hidrologi, perparitan dan faktorfaktor lain yang mungkin mempengaruhi penyebaran atau pergerakan
    pencemaran.
    iii) Menjalankan kajian dari segi kejuruteraan, ”sub-surface soil exploration” dan
    ”surface water modelling”,
    iv) Menentukan risiko kesihatan dan persekitaran setelah pencemaran dikenalpasti,
    v) Mencadangkan tindakan jangka masa pendek dan jangka masa panjang di
    dalam mengurangkan dan mengawal tahap gas H2S di kawasan sekitar,

  3. Apakah statistik terkini mengenai kesan-kesan kesihatan terhadap penduduk-penduduk di sekitar lombong tersebut?

    MBPJ tidak ada statistik mengenai masalah kesihatan penduduk disekitar kawasan
    tersebut akibat pengeluaran gas H2S dan gas Matena dari lombong tersebut.
    Walaubagaimanapun MBPJ telah menyediakan perkhidmatan rawatan percuma kepada
    penduduk di sekitar kawasan Sri Manja pada setiap hari isnin (2.00 – 5.00 petang)
    bermula sejak 2004 sehingga sekarang.

Lampiran

Tiada Lampiran.