Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
12 April 2010 hingga 14 April 2010
120) TAPAK CUCI KERETA DI TEPI JALAN BUNGA RAYA, TAMAN KENCANA
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah status tanah yang sekarang digunakan sebagai tapak cuci kereta di tepi Jalan Bunga Raya, Taman Kencana (tepi sungai)?
Hasil semakan di MPAJ, Status tanah tersebut adalah merupakan tanah kerajaan,rizab
Jabatan.Pengairan dan Saliran, Daerah Hulu Langat yang dipohon/digunakan oleh Dilah
Motor Sdn Bhd yang mempunyai lesen perniagaan sebagai pusat servis kenderaan dari
MPAJ (MPAJ 01-06/2/6-15148) sejak tahun 2006 hingga 31/12/2010. Tanah mempunyai
Lesen Menduduki Sementara bagi tapak bengkel yang dikeluarkan pada 21 Julai 2004
di atas nama Dilah Motor Sdn Bhd oleh Pentadbiran Tanah Daerah Hulu Langat. -
Pihak manakah yang mencaj sewaan atau apa-apa bayaran setiap bulan, dan berapakah caj yang syarikat tersebut bayar?
Hasil semakan MPAJ, pemohon dan operator di tapak adalah syarikat sama iaitu
Syarikat Dilah Motor Sdn Bhd. Walau bagaimanapun didapati syarikat Dilah motor Sdn
Bhd ada menyewakan sebahagian tapak kepada penyewa lain iaitu Ling Jew King yang
telah menjalankan aktiviti mencuci kereta. -
Siapakah pemohon tanah tersebut dan siapakah/syarikat manakah yang beroperasi di atas tapak tersebut?
Pemohon tanah tersebut adalah Dilah Motor Sdn Bhd. Syarikat yang beroperasi di atas
tapak tersebut adalah syarikat Dilah Motor Sdn Bhd.