Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
12 April 2010 hingga 14 April 2010
111) MASALAH KESESAKAN TRAFIK DAN PEMBANGUNAN TAK TERKEKANG DI PETALING JAYA
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Edward Lee Poh Lin
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Adakah pihak Menteri Besar akan melaksanakan penghentian sementara / 'moratorium' sebagai satu langkah untuk mengkaji semula keadaan keseluruhan di Petaling Jaya sebelum melakukan sebarang pembangunan atau pembandaran semula?
MBPJ tidak berhasrat untuk melaksanakan penghentian sementara/ ’moratorium’ bagi
pembangunan yang sedang berlaku kerana ia boleh menjejaskan pertumbuhan dan
pembangunan ekonomi bandar yang juga menyumbang kepada kemakmuran ekonomi
dan kesejahteraan negeri Selangor. Walaubagaimanapun setiap pembangunan dan
pembaharuan bandar akan diteliti dari segi impak ke atas halatuju dan pembangunan
keseluruhan Petaling Jaya seperti yang telah disarankan di dalam Rancangan Struktur
Negeri Selangor ( RSN ), Draf Rancangan Tempatan Petaling Jaya 2( DRTPJ2 ),
Rancangan Tempatan Petaling Jaya 1( RTPJ1 ), Rancangan Kawasan Khas ( RKK )
Seksyen 13 dan piawaian perancangan sebelum diberi pertimbangan sewajarnya. -
Apakah langkah-langkah yang akan diambil untuk menangani masalah ini?
Bagi memastikan pembangunan yang dilaksanakan tidak akan menjejaskan aspek
pembangunan infrastuktur dan mewujudkan masalah dari segi lalulintas dan kemudahan
awam, setiap pembangunan baru yang dilaksanakan adalah tertakluk kepada
pematuhan terhadap piawaian perancangan berkaitan yang ditetapkan oleh Kerajaan
Negeri.Berkaitan dengan aspek lalulintas, setiap pemajuan yang akan dilaksanakan
dikehendaki menyediakan kajian impak lalulintas dan mengenalpasti pembaikanpembaikan yang perlu dilaksanakan bagi menampung pembangunan yang akan
dilaksanakan.Beberapa langkah telah diambil oleh MBPJ dalam meneruskan pembangunan
antaranya seperti berikut :-
i) Menggunakan Rancangan Pemajuan (RSN, DRTPJ2, RTPJ 1 dan RKK Seksyen
13 ) sebagai panduan dalam memberi kelulusan perancangan pembangunan.
ii) Mengadakan proses perundingan awam bersama penduduk dan pihak terlibat.
iii) Mengadakan peruntukan kewangan bagi membangun dan meningkatkan
infrastruktur dan perkhidmatan.
iv) Penubuhan Kumpulan Wang Perkhidmatan Kemajuan ( Improvement Service
Fund ) dan Caj Pemajuan bagi mengumpulkan dana untuk meningkatkan
infrastruktur dan Kemudahan Awam.
v) Menjalankan penguatkuasaan keatas pembangunan tanpa kebenaran
merancang, aktiviti salahguna bangunan , tambahan bangunan tanpa kelulusan
dan aktiviti yang tidak mematuhi syarat kelulusan lesen premis. Sehubungan
dengan itu pengawasan yang rapi sentiasa dijalankan telah dibuat melalui Unit
Aduan Majlis. -
Pernahkah kajian terperinci dilakukan untuk mengetahui kesan-kesan baik dan/atau buruk, sekiranya pembangunan tak terkekang masih dibenarkan untuk berterusan dan jika ya, apakah penemuan kajian tersebut?
Bagi memastikan perancangan secara holistik dilaksanakan Majlis telah menjalankan
kajian pengangkutan dan lalulintas secara makro di kawasan Petaling Jaya Utara (PJU).
Kajian kesan lalulintas tersebut meliputi kawasan di terowong FAS, terowong Lembah
Subang, terowong Tropikana dan juga kawasan persekitaran seperti PJU 1A, PJU 1,
PJU 3, SS 26. Hasil kajian tersebut terdapat 17 cadangan penambahbaikan yang
disyorkan seperti berikut:
1) Penambahbaikan bagi terowong sediada Lembah Subang.
2) Terowong Lembah Subang dan Jalan Taman Emas 2 (bahagian selatan) sebagai
jalan sehala.
3) Bulatan di jalan PJU 1A/4A ditukarkan kepada simpang ‘T’ di jalan 1A/4D.
4) Jalan PJU 1A/4A daripada 2 lorong akan dijadikan 4 lorong.
5) Pembinaan ‘missing link’ diantara Sekolah Lembah Subang dan jalan PJU 1A/1.
6) Hubungan utara selatan diantara jalan PJU 1A/1 dan jalan Lembah Subang
7) Penambahbaikan di ‘The Ingress’ daripada jalan PJU 1/28 ke jalan SS 25/29.
8) Penambahbaikan disimpang LDP, jalan SS 25/29 dan SS 25/23.
9) Rekabentuk bulatan di jalan Hilir Bandar Utama / Jalan Tropicana Selatan.
10) Penyempurnaan di jalan PJU 1A/44
11) Penambahbaikan di jalan Persiaran Surian / jalan PJU 3/31
12) Pusingan ‘U-turn’ di simpang Persiaran Surian dan Jalan Teknologi
13) Penambahbaikan di Lebuh Bandar Utama di persimpangan ‘diamond’
sepenuhnya.
14) Penambahbaikan di Persiaran Surian ( diantara simpang 4 Persiaran Surian
dan NKVE )
15) Pembinaan ‘missing link’ disepanjang jalan PJU 1A/1 yang berhubung Ara
Damansara & Tropicana.
16) Pembinaan jalan baru diantara jalan Bukit Mayang Emas & jalan SS 7/26.
17) Mengadakan ‘elevated’ di utara jalan NKVE yang berhubung kawasan FAS serta
Ara Damansara.
18) Mengadakan ‘elevated ramp’ yang berhubung jalan PJU 1A/1, Persiaran
Tropicana dan Jalan Bukit Mayang Emas.
Bagi kawasan Petaling Jaya Utara dan Petaling Jaya Selatan, kajian impak lalulintas
secara komprehensif akan dilaksanakan selari dengan penyediaan Rancangan
Kawasan Khas (RKK), PJU 1 dan PJS. Melalui kajian ini tahap pembangunan
infrastruktur dan lalulintas dikaji secara terperinci sebelum cadangan pembangunan
semula dibuat.
Selain daripada itu Majlis sedang menjalankan Kajian Rekabentuk Bandar bagi
meningkatkan imej dan rupabentuk bandar , Kajian Impak Sosial bagi menangani
masalah sosial dan Kajian Keperluan Infrastruktur dan Utiliti bagi mengkaji keperluan
utiliti awam dan Kajian Sistem Lalulintas dan Pengangkutan dalam menyediakan sistem
pengangkutan dan lalulintas yang baik di Petaling Jaya. Kajian-kajian ini dijangka akan
disiapkan pada Ogos 2010.
Untuk masa akan datang pembangunan semula yang akan dilaksanakan akan
mengambil kira keupayaan infrastuktur bagi menampung pembangunan yang
dicadangkan. Pembangunan akan dilaksanakan berdasarkan ’caring capacity’.