Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
12 April 2010 hingga 14 April 2010
95) PAPAN-PAPAN IKLAN
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Edward Lee Poh Lin
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Bilakah garis panduan baru akan diimplementasikan dan dikuatkuasakan dengan kesan penuh?
Kerajaan Negeri telah pun menguatkuasakan Garis Panduan Papan Iklan Luaran di
semua PBT Selangor pada 31 Mac 2009 dan proses pelaksanaannya sedang
dilaksanakan. Walau bagaimanapun, ia akan mengambil sedikit masa kerana urusan
pengeluaran Kebenaran Menduduki Sementara (TOL) oleh Pejabat Tanah & Daerah
dan proses-proses dokumentasi yang terlibat memandang ia merupakan dasar yang
baru mula dilaksanakan pada tahun lepas. -
Apakah kerajaan negeri akan lakukan dengan tuduhan-tuduhan berbangkit mengenai amalan rasuah, disebabkan oleh peraturan-peraturan lemah antara kakitangan awam (PBT) dan ahli majlis?
Berikutan tuduhan-tuduhan berbangkit mengenai amalan rasuah, disebabkan oleh
peraturan-peraturan lemah antara kakitangan awam (PBT) dan Ahli Majlis, Kerajaan
Negeri telah pun menubuhkan Jawatankuasa Audit dan Pengurusan Korporat di
peringkat PBT bagi meneliti perkara ini dan memastikan amalan rasuah dapat
dibanteras sebaik mungkin. -
Adakah masih berlakunya pembangunan tanpa kebenaran papan-papan iklan haram di Petaling Jaya?
Program pemutihan pembangunan tanpa kebenaran papan-papan iklan haram di
Petaling Jaya sedang dalam proses pelaksanaan oleh MBPJ. Oleh yang demikian,
semua papan-papan iklan haram yang tidak boleh diputihkan diarah untuk diturunkan
dengan segera. Sekiranya pengusaha ingkar, maka pihak MBPJ akan mengambil
tindakan untuk menurunkannya. Semua pengusaha terlibat telah dimaklumkan
mengenai dasar baru Kerajaan Negeri dan buat masa ini didapati tiada lagi
pembangunan tanpa kebenaran papan-papan iklan haram di Petaling Jaya.