Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
12 April 2010 hingga 14 April 2010
94) SELF-REGULATION PENJUALAN MINUMAN BERALKOHOL
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Bagaimanakah pelaksanaan Òself-regulationÓ dalam penjualan minumna-minuman beralkohol oleh pekedai-pekedai di Shah Alam? Adakah ianya berkesan dalam mengawal penyalahgunaan alkohol di kalanngan penduduk Shah Alam?
Berdasarkan keputusan mesyuarat bersama Y.A.B Dato’ Menteri Besar Selangor
sebelum ini, ‘self-regulatory’ akan dilaksanakan oleh penjual manakala pihak Majlis
hanya akan memantau perlaksanaan tersebut. Mesyuarat juga memaklumkan bahawa
kaedah; ‘self-regulatory’ bukan bermaksud tidak boleh menjual sama sekali tetapi
sebagai satu mekanisme kawalan penjualan yang dilaksanakan sendiri oleh peniaga.
Hasil daripada program tersebut pihak syarikat 7-Eleven memaklumkan bahawa di
seluruh Shah Alam terdapat sebanyak 37 premis 7-Eleven dan daripada jumlah tersebut
terdapat 17 premis yang berada di dalam Seksyen 1 hingga 24 dan hampir 90%
kakitangannya adalah beragama Islam.
Sebagai langkah permulaan pihak syarikat telah memberhentikan terus penjualan bir di
10 lokasi yang berada di dalam kawasan majoriti penduduk beragama Islam iaitu di
Seksyen 2,3,6,7 (terdapat 3 premis di subseksyen tersebut), 8,13 dan 19 Shah Alam.
Premis terbaru yang akan dihentikan penjualan bir adalah di TTDI Jaya Seksyen U2
Shah Alam.
Tindakan Yang Telah Dilaksanakan
1) Di premis yang masih menjual bir tersebut, langkah seperti meletakkan dengan jelas
stiker “TIDAK MENJUAL MINUMAN KERAS KEPADA ORANG BERAGAMA
ISLAM DAN DI BAWAH UMUR 18 TAHUN” di lokasi penjualan bir.
2) Mengadakan tempat simpanan yang berasingan supaya tidak bercampur bersama
jenis minuman yang lain.
3) Kakitangan juga telah diarahkan untuk mengawal penjualan hanya kepada bukan
Muslim sahaja.
4) Kakitangan telah diarah supaya mengenali ‘own customer’
5) Pihak Majlis telah mengedarkan risalah-risalah dan pelekat (sticker) berkaitan
kaedah ‘self-regulatory’ ini. -
Berapa banyak kedai yang telah menyertai program Òself-regulationÓ ini?
Pada peringkat awal pihak yang telah menyertai program ini adalah terdiri daripada
pihak pengusaha kedai serbaneka 7-Eleven, 99 SpeedMart Sdn Bhd, KK Supermarket
Sdn Bhd. Seterusnya pihak Majlis telah mengedarkan pekeliling, poster, pelekat (sticker)
dan risalah makluman kepada 127 premis, pasar raya, mini market dan kedai runcit
sekitar kawasan pentadbiran Shah Alam.