Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
12 April 2010 hingga 14 April 2010
88) PERUNTUKAN PERPUSTAKAAN DAN KEGIATAN
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Kerajaan Selangor mendirikan Perpustakaan Utama dan perpustakaan cawangan bagi setiap Daerah Negeri Selangor. Berapakah jumlah Perpustakaan Utama dan cawangan bagi seluruh negeri Selangor?
Sejak ditubuhkan pada tahun 1971,Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor bergerak
seiring dengan wawasan Kerajaan Negeri Selangor dan sehingga tahun Mac 2010
Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor mempunyai 92 pusat perkhidmatan seperti
berikut :
JENIS PERPUSTAKAAN BILANGAN
PERPUSTAKAAN
Perpustakaan Negeri/Pusat 1
Perpustakaan Daerah 7
Perpustakaan Cawangan 4
Perpustakaan Pekan 7
Perpustakaan Desa 53
Perpustakaan Desa (PNM) 17
Perpustakaan Bergerak 3
JUMLAH 92 -
Berapakah peruntukan tahunan bagi seluruh Perpustakaan di Negeri Selangor?
Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor telah menerima peruntukan daripada
kerajaan negeri dan persekutuan bagi melaksanakan program, aktiviti dan urusan
pentadbiran. Perincian peruntukan adalah seperti berikut :
TAHUN
PERUNTUKAN 2007
(RM)
2008
(RM)
2009
(RM)
2010
Sehingga
31/3/2010
(RM)
Kerajaan Negeri 7,800,000.00 7,000,000.00 7,000,000.00 7,600,000.00
Kerajaan
Persekutuan
5,498,815.12 5,498,815.12 4,687,739.89 1,208,500.00
JUMLAH 13,298,815.12 12,498,815.12 11,687,739.89 8,808,500 -
Apakah kegiatan-kegiatan utama dijalankan oleh perpustakaan-perpustakaan?
Setiap tahun, Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor akan menjalankan pelbagai
aktiviti yang menarik dan memberikan impak yang positif kepada rakyat Negeri Selangor
khususnya. Di antara aktiviti yang berjaya dijalankan adalah :
i) Gerakan Membaca Peringkat Daerah dan Negeri
Gerakan Membaca merupakan program tahunan yang dirancang dengan matlamat
utamanya untuk menyemai minat dan budaya membaca kepada masyarakat setempat.
Melalui aktiviti-aktiviti , program dan pertandingan yang telah dirancang dapat
meningkatkan jumlah keahlian, pinjaman dan kesedaran masyarakat mengenai
kepentingan membaca. Di antara pertandingan yang mendapat sambutan
menggalakkan adalah Pertandingan Bercerita, Pertandingan Kuiz Sejarah Tempatan
dan Pertandingan Tulisan Jawi.
ii) Pesta Buku Negeri Selangor
Pesta Buku Negeri Selangor adalah program tahunan kerajaan Negeri Selangor melalui
Jawatankuasa Tetap pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan.
Manakala Perbadanan Perpustakaan Awam selangor (PPAS) telah dilantik sebagai
Urusetia Tetap Pelaksana Pesta Buku Negeri Selangor dengan kerjasama Jabatanjabatan Kerajaan Negeri, Persekutuan, Swasta, Media dan sebagainya. Pesta Buku ini
juga dikenali sebagai pesta buku ke-2 yang terbesar selepas Pesta Buku Antarabangsa
Kuala Lumpur.
iii) Program Galakguna Perpustakaan
Aktiviti yang dijalankan dalam skala kecil ini dilaksanakan di setiap pusat perkhidmatan.
Pendidikan Pengguna, Pembelanjaran IT, kempen Keahlian, Projek Buku Nilam dan
Program bersama masyarakat setempat merupakan di antara program yang berjaya
dilaksanakan.
iv) Outreach Program
Program ini mensasarkan kumpulan tertentu bagi menjayakan program satu daerah satu
komuniti. Contoh kumpulan yang disasarkan seperti Anak-anak yatim, Orang Kurang
Upaya, Orang Asli dan pelajar Pemulihan.