Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
12 April 2010 hingga 14 April 2010
68) JALUR LEBAR
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Jalur lebar Berkelajuan Tinggi. Apakah manfaat yang di peroleh oleh Kerajaan Negeri?
Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi atau High Speed Broadband (HSBB) merupakan
inisiatif Kerajaan Persekutuan yang telah melantik Telekom Malaysia Berhad
(TM) bagi menyediakan capaian internet melalui medium gentian optik (fiber
optic). Pakej perkhidmatan yang telah diumumkan oleh TM, menawarkan
capaian sebanyak 5 Mbps hingga 20 Mbps kepada pengguna. Sehubungan
dengan itu, inisiatif HSBB di Lembah Klang dan Selangor khususnya amat
bermanfaat dari sudut kebolehcapaian masyarakat terhadap maklumat dan
pengetahuan yang tepat, cepat, telus dan terkini. Selain itu juga capaian yang
berkapasiti besar sebegini akan menggalakkan aktiviti ekonomi yang amat
diperlukan oleh Industri Kecil dan Sederhana (IKS) serta syarikat-syarikat
perniagaan dan korporat.