Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
12 April 2010 hingga 14 April 2010
53) HASIL CUKAI PASIR
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Datuk Mohd Isa Bin Abu Kasim
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Negeri Selangor banyak stok pasir lombong dan pasir sungai. Banyak berita dari khabar yang melaporkan gejala curi pasir di Negeri Selangor. Berapakah hasil yang diperolehi dan cukai pasir tahun 2009?
Hasil kutipan royalti bagi tahun 2009 adalah sebanyak RM5,290,531.86.
-
Berapa banyak tangkapan mencuri pasir direkodkan pada tahun 2009 dan apakah langkah yang Kerajaan Negeri akan lakukan agar kecurian pasir boleh dibendung?
Tangkapan kecurian pasir yang direkodkan pada tahun 2009 adalah sebanyak 112 kes.
Langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri bagi membendung masalah
kecurian pasir adalah seperti berikut:
i) Mengadakan operasi statik di lokasi yang disyaki berlakunya kecurian pasir;
ii) Mengeluarkan Notis 7A (pelanggaran syarat tanah) ke atas mana-mana tanah
yang didapati mengeluarkan pasir tanpa permit yang sah; dan
iii) Mengadakan rondaan / pemantauan secara berkala di kawasan yang disyaki
berlakunya aktiviti pengeluaran pasir secara tidak sah. -
Mengapa tiada tindakan drastik diambil kepada pegawai-pegawai yang terlibat dalam akitiviti pengeluaran pasir di Selangor?
Tiada tindakan drastik diambil kepada pegawai-pegawai yang terlibat dalam aktiviti
pengeluaran pasir di Selangor kerana tiada aduan rasmi dikemukakan kepada ketua
jabatan yang berkenaan untuk dikenakan tindakan tata tertib.