Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 April 2010 hingga 14 April 2010

44) ASET MPS

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan jumlah tanah komersial serta premis perniagaan dan komersial yang dimiliki oleh MPS dalam tahun 2006-2010.

    Dijawab oleh MPS

  2. Senaraikan projek usaha sama MPS bersama pemaju persendirian dengan menyatakan jenis projek, lokasi dan nama pemaju dalam tahun 2006-2010.

    Bil Nama Pemaju Lokasi Pulangan
    (RM)
    Luas
    tanah (ekar)
    1. Darma Purnama Sdn.
    Bhd
    Pinggiran Batu
    Caves
    464,000 1.2
    2. Arena Rezeki Sdn.
    Bhd
    KM 15, Jalan
    Ipoh – Rawang
    1,500,000 3.46
    3. Unggul Tangkas Sdn.
    Bhd
    APMC, Rawang 7,000,000 30
    4. Khidmat Berkat
    Bersatu Sdn. Bhd
    Laksamana 720,000 4.80
    5. Mahumas Sdn Bhd Selayang Baru 1,100,000 1.76
    6. Kota Damai Padu
    Sdn Bhd
    Sg. Bakau
    Rawang
    1,000,000 4.759

  3. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan negeri bagi memastikan bahawa tanah dan aset milik setiap PBT digunakan secara optimum bagi mendatangkan pulangan yang tinggi kepada PBT

    Semua projek penswastaan bagi projek hartanah MPK akan dikaji oleh jabatan terlibat.
    Kajian akan dibuat dengan terperinci dengan mengambil kira pasaran semasa, kos-kos
    yang terlibat, pelan-pelan jangka pendek dan juga jangka panjang. Kajian ini
    kemudiannya akan dibentangkan di dalam Mesyuarat Majlis dan seterusnya dibawa ke
    Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) sebelum dibawa ke MTES untuk kelulusan.

Lampiran

Tiada Lampiran.