Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
12 April 2010 hingga 14 April 2010
43) SKIM MESRA USIA EMAS
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Mengapakah pembayaran rekupan ke Pusat Perkhidmatan DUN lambat?
Antara penyebab kelewatan pembayaran rekupan adalah dokumen yang tidak lengkap
dan rekupan yang tidak dibuat secara berkala dan sekerap sepertimana diarahkan. -
Mengapakah pembayaran Fasa Kedua juga mengalami kelewatan?
Selain masalah rekupan dibuat lewat kepada Pejabat Daerah, masalah kekerapan
rekupan oleh Pejabat Daerah kepada Perbendaharaan juga sedikit menyumbang
kepada kelewatan ini. -
Apakah rancangan kerajaan negeri memperbaiki keadaan ini?
Tindakan penambahbaikan sedang dilaksanakan melibatkan semua pihak yang
berkepentingan dan terlibat di dalam perlaksanaan setiap program kerajaan negeri.