Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 April 2010 hingga 14 April 2010

36) PERBADANAN ADAT MELAYU DAN WARISAN SELANGOR (PAMWS)

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Adat Istiadat & Warisan

Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah rancangan dan program yang dijalankan selepas penubuhan PAMWS?

    Sejak Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor ditubuhkan dan mula
    beroperasi pada bulan Julai tahun yang lalu, Perbadanan telah mengatur langkah
    merancang dan mengendalikan berbagai program. Program-program tersebut
    termasuklah program baru dan penerusan program lama di bawah Lembaga Muzium
    negeri dahulu.
    Di antara program yang diberi penekanan ialah aktiviti penyelidikan dan pembangunan
    dalam mana aktiviti ini ditunas suburkan dengan bantuan pakar-pakar terdiri daripada
    profesor-profesor dan pengkaji daripada universiti tempatan. Perbadanan juga sedang
    menilai aspek-aspek persembahan terhadap artifak-artifak yang dipamerkan melalui
    teknik-teknik baru dengan mengambil pengalaman daripada muzium-muzium tempatan
    dan luar negara.
    Kerja-kerja sedang giat dijalankan bagi menambah nilai bahan-bahan yang sedia ada
    dan bakal diperolehi dari berbagai sumber untuk menentukan muzium negeri
    mempunyai bahan-bahan artifak yang benar-benar menggambarkan teras budaya adat
    dan kesenian Negeri Selangor.
    Selain daripada itu Perbadanan juga sedang menilai dan akan mengemukakan pelan
    pelaksanaan membaik pulih bangunan-bangunan muzium utama di Shah Alam dan
    muzium-muzium cawangan di daerah yang berkenaan.
    Secara yang lebih spesifik untuk tahun 2010 dan tahun-tahun berikutnya tumpuan kerja
    Perbadanan adalah seperti berikut :-
    1. Penyelidikan dan pembangunan dalam bidang tugas utama PADAT iaitu:
    i. Meningkat dan menambahkan keupayaan tradisi ilmu, bahasa dan
    persuratan,
    ii. Menggali bahan-bahan sejarah dan mendokumentasikannya untuk
    dijadikan bahan rujukan mengenai Adat-Adat Melayu dan Warisan
    Selangor
    iii. Mengenal pasti, mengadun dan mempersembahkan warisan kesenian
    Melayu dan warisan Selangor,

    iv. Mengemukakan dasar-dasar dan landasan-landasan pembangunan dan
    perkembangan adat Melayu dan warisan Selangor,
    v. Menerbit dan mengarkibkan bahan-bahan penulisan mengenai adat
    Melayu dan warisan Selangor ,
    vi. Memoden dan mengemas kini sistem pengurusan Perbadanan Adat
    Melayu dan warisan Selangor,
    vii. Memasukkan idea dan peralatan teknologi moden dalam sistem
    pengurusan,penambahbaikan dan pembangunan Perbadanan.
    2. Mewujudkan desa budaya di Shah Alam dengan tujuan untuk mengetengahkan
    adat Melayu dan warisan Negeri Selangor,

    3. Jalinan kerjasama antara PADAT dengan perbadanan negeri lain atau agensi
    lainnya yang mempunyai perkhidmatan teras (core business) yang sama
    termasuk di Asia dan peringkat antarabangsa,
    4. Mengujudkan kumpulan pakar permuziuman, adat dan warisan. Bagi
    merealisasikan hasrat ini satu bentuk bantuan sama ada biasiswa ataupun geran
    akan diwujudkan,
    5. Kebolehupayaan pembangunan daripada segi infrastruktur selain kakitangan,
    6. Lawatan kerja rasmi dalam dan luar negara utama terpilih untuk melihat amalan
    membangun dan mempromosi adat dan warisan,
    7. Penambahbaikan ekshibit di ruang pameran di semua muzium di bawah PADAT.
    Pengubahsuaian daripada segi peragaan ekshibit iaitu penambahbaikan
    maklumat di seluruh ruang pameran perlu dilaksanakan segera,
    8. Mengujudkan Pintu Gerbang Selangor di setiap pintu masuk. Sehubungan itu,
    perkampungan budaya perlu diwujudkan dengan jualan produk kraf selain
    produk IKS yang melambangkan identiti Selangor. Projek ini diharap dapat
    menonjolkan ikon Selangor di,setiap perkampungan budaya yang diwujudkan di
    daerah seluruh negeri,
    9. Konvensyen Adat Melayu Selangor perlu diadakan setahun sekali.
    perlaksanaannya sama ada pertengahan tahun atau hujung tahun.

  2. Senaraikan perbelanjaan yang terlibat dalam rancangan program tersebut

    Untuk melaksanakan rancangan program di atas, kerajaan negeri telah
    memperuntukkan sejumlah peruntukkan kewangan bagi menampung perbelanjaan yang
    bakal digunakan mengikut bahagian-bahagian yang terdapat di Perbadanan seperti
    berikut:
    i. Bahagian Khidmat Pengurusan dan Akaun berjumlah RM 5,385,258.54.
    Semua peruntukan yang terima tersebut adalah sebahagian besar untuk
    emolumen, utiliti dan penyelenggaraan.
    ii. Bahagian Dasar, Warisan dan pembangunan berjumlah RM 140,090.00.
    iii. Bahagian Penerbitan, Arkib dan Dokumentasi berjumlah RM
    160,251.46.
    iv. Bahagian Warisan Kesenian berjumlah RM 133,090.00.
    v. Bahagian Sejarah, Adat-Adat Melayu dan Tamadun Islam berjumlah
    RM 113,810.00.
    vi. Bahagian Tradisi Ilmu, Bahasa dan Persuratan berjumlah RM 67,500.00.

  3. Senaraikan lembaga pengurusan PAMWS dan emolumen untuk setiap jawatan.

    Ahli Lembaga Pengarah tidak menerima apa-apa bayaran sebaliknya mereka diberi
    elaun kehadiran mesyuarat seperti yang diamalkan oleh anak-anak syarikat kerajaan
    negeri, badan-badan berkanun dan perbadanan negeri yang telah ditubuhkan. Elaun
    kehadiran mesyuarat telah diselaraskan dengan badan-badan kerajaan negeri yang
    bersamaan adalah seperti berikut :Pengerusi: RM 800, Timbalan Pengerusi: RM 500,
    Ahli- Ahli Lembaga: RM 400.

    Senarai Ahli Anggota Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT) untuk
    penggal 2010 hingga 2013:
    Pengerusi : Y.B. Dato’ Dr. Hasan bin Mohamed Ali
    YB Pengerusi Jawatankuasa Tetap
    Hal Ehwal Islam, Adat Melayu, Infrastruktur
    dan Kemudahan Awam Negeri Selangor
    Timb. Pengerusi : Y.B. Puan Rodziah binti Ismail
    YB Pengerusi Jawatankuasa tetap
    Hal Ehwal Wanita, Kebajikan Sains Teknologi,
    Inovasi dan Kebudayaan Negeri Selangor
    Bendahari : Y.B. Dato’ Mohd. Arif bin Abd. Rahman
    YB Pegawai Kewangan Negeri Selangor
    Setiausaha : Puan Azlinda binti Azman
    Ketua Pegawai Eksekutif
    Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri
    Selangor
    Ahli-Ahli :
    Y.Bhg. Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Khoo Kay Kim
    (Pakar/Ahli Sejarah/Sukan/Budaya)
    Jabatan Sejarah,
    Universiti Malaya,
    50603 KUALA LUMPUR.
    Y.Bhg. S.N. Dato’ Dr. Anuar bin Haji Rethwan
    (Sasterawan Negara/Pakar Budaya)
    13, Jalan Pekaka 8/10,
    Kota Damansara,
    47810 PETALING JAYA
    Y. Bhg. Prof. Dr. Noriah bt. Mohamed
    (Pakar/Ahli Bahasa)
    Lot 7438, Kg Dato’ Abu Bakar Baginda
    Air Hitam, 43000 KAJANG
    Y. Bhg. Dr. Siti Zainon bte. Ismail
    (Pakar/Ahli Senibudaya)
    Rimba Nilam,
    D-O-1 Templer Park Resort,
    48000 RAWANG
    Y. Bhg. Tuan Haji Md. Redzuan b. Tumin
    (Pakar/Ahli Museologi & Museografi)
    No 1, Jalan 10/1,
    Taman Putera Selangor,68000 AMPANG
    Y.D.M. Profesor Madya Dato’ Dr. Tengku Jamaluddin bin Tengku Mahmud Shah
    Al-Haj
    (Wakil Pihak Istana)
    Pejabat Orang Besar Daerah Sepang,
    Tingkat 2, Bangunan Tun Aziz, Bandar Baru Salak Tinggi 43900 SEPANG
    Y. Bhg. Dr. Chia Oai Peng
    (Pakar/Ahli Budaya Cina)
    No. 34, Jalan 17/41,
    46400 PETALING JAYA
    Y. Bhg. Dr. R. Sivaperegasam P. Rajanthiran
    (Pakar Sejarah/Sains Politik)
    B4- 1 Excelsa Apartment
    Jalan Indah 1/9
    Taman Universiti Indah
    43000 SERI KEMBANGAN
    Y.Bhg. Dato’ Aidit bin Ghazali
    (Pakar Sumber Manusia/Pengurusan)
    Suite 5.17, tingkat 5, Blok Utara,
    The AmpangWalk, 218 Jalan Ampang,
    50450 KUALA LUMPUR.

Lampiran

Tiada Lampiran.