Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
12 April 2010 hingga 14 April 2010
32) PERUNTUKAN JKM NEGERI
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah peruntukan yang dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri untuk peruntukan Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk tujuan permohonan bantuan yang dikeluarkan?
Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor menerima peruntukan dari Kerajaan
Negeri untuk disalurkan kepada pemohon bantuan. Peruntukan bantuan yang telah
diterima daripada Kerajaan Negeri seperti berikut :
TAHUN JUMLAH
2009 8,759,293.00
2010 (sehingga 31 Mac) 6,812,573.00 -
Bolehkah disenaraikan perbelanjaan yang dikeluarkan mengikut jenis bantuan yang dikeluarkan?
Jenis perbelanjaan bantuan yang diberikan seperti berikut :
JENIS 2009 2010 (sehingga 31 Mac)
Bantuan Am 7,239,546.40 3,744,239.90
Bantuan Bencana 1,188,301.68 116,392.95
Bantuan Latihan 20,950.00 39,050.00
Bantuan Sekolah 202,347.60 –
JUMLAH 8,651,145.68 3,899,682.85