Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 April 2010 hingga 14 April 2010

19) KUTIPAN HASIL TANAH

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Dato' Ir. Muhammad Bushro Bin Mat Johor

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Kerajaan negeri telah melancarkan Ops Kutip untuk meningkatkan kutipan hasil tanah negeri. Nyatakan prestasi dan jumlah cukai tanah untuk tahun 2009.

    Prestasi kutipan cukai tanah bagi tahun berakhir 31 Disember 2009 telah meningkat
    kepada RM8.08 juta menjadikan jumlah kutipan cukai tanah sebanyak
    RM443,304,348.85 berbanding dengan tempoh yang sama pada tahun lalu sebanyak
    RM435,224,001.77 dan mencapai sasaran 106.45% berbanding Anggaran Hasil 2009.

  2. Berapakah anggaran kutipan tahun 2010 mengikut daerah?

    Anggaran Hasil Kutipan Cukai Tanah Semasa dan Tunggakan mengikut Pejabat Tanah
    Daerah di Negeri Selangor bagi tahun 2010 adalah seperti di bawah:-
    BIL. PTD
    ANGGARAN
    HASIL CUKAI
    TANAH
    SEMASA
    (RM)
    ANGGARAN
    HASIL CUKAI
    TANAH TAHUN
    PERTAMA
    (RM)
    JUMLAH
    1. Petaling 106,000,000.00 11,000,000.00 117,000,000.00
    2. Klang 65,000,000.00 20,000,000.00 85,000,000.00
    3. Gombak 41,000,000.00 6,000,000.00 47,000,000.00
    4. Sepang 12,000,000.00 1,000,000.00 13,000,000.00
    5. Hulu Langat 22,000,000.00 4,000,000.00 26,000,500.00
    6. Hulu Selangor 13,000,000.00 8,000,000.00 21,000,000.00
    7. Kuala Langat 7,000,000.00 1,000,000.00 8,000,000.00
    8. Kuala Selangor 3,000,000.00 700,000.00 3,700,000.00
    9. Sabak Bernam 2,000,000.00 300,000.00 2,300,000.00
    10. PTG 64,000,000.00 8,000,000.00 72,000,000.00
    JUMLAH 335,000,000.00 60,000,000.00 395,000,000.0

Lampiran

Tiada Lampiran.