Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 April 2010 hingga 14 April 2010

16) PELUANG PEKERJAAN

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Pekerjaan

Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan jangka pendek dan jangka panjang bagi menangani masalah pengangguran di Negeri Selangor?

    Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan
    Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor yang dipengerusikan oleh YB Dr Hajah
    Halimah Ali telah mengambil langkah yang proaktif dengan melaksanakan program Jom
    Kerja dengan kerjasama Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Negeri Selangor di seluruh daerah
    di negeri Selangor. Program Jelajah ‘Jom Kerja’ adalah bertujuan untuk menghebahkan
    peluang pekerjaan yang ada di Selangor kepada masyarakat setempat.
    Melalui program ini, syarikat-syarikat yang berminat akan mendaftar dengan pihak JTK
    Selangor dan menyertai program ini dengan mengadakan walk in interview. Bermula
    dari November 2009 sehingga Januari 2010, Program Jom Kerja telah dijalankan di
    daerah Kuala Selangor, Sabak Bernam, Kuala Langat dan Klang. Seterusnya, program
    ini diadakan pada 3 dan 4 April 2010 bertempat di Dewan Serbaguna Universiti Industri
    Selangor (UNISEL), Shah Alam.
    Di samping itu, Pakej Rangsangan Ekonomi Negeri Selangor yang telah diumumkan
    pada Mac 2009 diharap dapat membantu di dalam menangani masalah pengangguran
    di Negeri Selangor bagi jangka panjang. Sebanyak 6 projek jangka panjang di dalam
    pakej rangsangan berperanan untuk memajukan ekonomi melalui pertambahan
    pelaburan, peningkatan peluang pekerjaan dan pengurusan sumber dengan lebih
    berkesan. Projek-projek di bawah pakej rangsangan adalah:
    i) Projek Pemuliharaan dan Pembangunan Sungai Klang dan Kawasan Sekitarnya
    ii) Pengstrukturan dan Penyusunan Semula Industri Perkhidmatan Air Negeri
    iii) Projek Pembaharuan Bandar
    iv) Pembangunan Semula Projek-projek Terbengkalai
    v) Perluasan dan Penyusunan Rangkaian Perkhidmatan Pengangkutan Awam
    vi) Program Melipatgandakan Hasil Padi
    Pakej rangsangan dijangkakan akan membawa masuk pelaburan bernilai lebih RM50
    billion dan menambah lebih 150,000 peluang pekerjaan dalam masa 30 tahun.

  2. Nyatakan jumlah peluang-peluang pekerjaan yang telah disediakan oleh Kerajaan Negeri dan berapa banyakkah yang telah di isi?

    Melalui data daripada Selangor State Investment Centre (SSIC), sebanyak 182 projek
    baru telah diluluskan oleh Malaysian Industrial Development Authority (MIDA) dengan
    nilai pelaburan berjumlah RM 3,181,707,948. Hasil daripada pelaburan ini telah
    mewujudkan sebanyak 14,483 potensi peluang pekerjaan di negeri Selangor. Manakala
    sebanyak 8,270 potensi peluang pekerjaan turut diwujudkan di negeri Selangor hasil
    daripada 96 projek pembesaran atau pelbagai projek yang bernilai RM 3,577,883,003
    bagi tempoh Januari hingga Disember 2009.
    Sebanyak 21 buah syarikat telah turut mengambil bahagian di dalam program Jom
    Kerja. Sebanyak 5,698 jawatan ditawarkan bagi kategori sokongan, 105 jawatan bagi
    kategori teknikal dan 358 jawatan bagi kategori Pengurusan dan Profesional. Program
    Jom Kerja telah dijalankan di daerah Kuala Selangor, Sabak Bernam, Kuala Langat dan
    Klang bermula dari November 2009 sehingga Januari 2010. Melalui program ini,
    sebanyak 185 orang telah ditawarkan pekerjaan terus semasa sesi walk in interview
    yang dijalankan.

Lampiran

Tiada Lampiran.