Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
12 April 2010 hingga 14 April 2010
14) BANGUNAN WARISAN
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Adat Istiadat & Warisan
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Senaraikan bangunan-bangunan yang telah digazetkan sebagai bangunan warisan di Selangor mengikut PBT daripada tahun 2008-2010
Sila lihat di Lampiran ’A’.
-
Apakah badan yang bertanggungjawab terhadap pengurusan permohonan penggazetan bangunan warisan dan syarat-syarat permohonan untuk sesebuah bangunan dikategorikan sebagai bangunan warisan?
Pesuruhjaya Warisan, Jabatan Warisan Negara adalah merupakan badan yang
bertanggungjawab dalam segala pengurusan permohonan penggazetan sesebuah
bangunan warisan. Manakala syarat-syarat permohonan untuk sesebuah bangunan
dikategorikan sebagai bangunan warisan boleh dirujuk berpandukan Akta Warisan
Kebangsaan 2005, Bab 4; Pemuliharaan Dan Pemeliharaan Tapak Warisan,
Seksyen 40 : Permohonan bagi kebenaran merancang bagi tapak warisan :-
1) Pesuruhjaya hendaklah menyelaraskan dan menasihati pihak berkuasa
perancang tempatan sebelum apa-apa kebenaran merancang atau perintah
pembangunan yang melibatkan tapak warisan diberikan.
2) Jika pihak berkuasa perancang tempatan merujukkan apa-apa permohonan
olehmana-mana orang bagi kebenaran merancang atau perintah pembangunan
kepada pesuruhjaya, permohonan itu hendaklah mengandungi –
a) Butir-butir yang mencukupi untuk mengenal pasti monumen yang
dimaksudkan oleh permohonan itu, termasuk pelan susun aturnya,
termasuk bahagian luar dan bahagian dalam monumen itu;
b) apa-apa pelan dan lukisan yang lain sebagaimana yang diperlukan untuk
memperihalkan kerja yang menjadi perkara permohonan itu;
c) langkah-langkah yang telah diambil bagi memastikan keselamatan tapak
warisan dan tanah yang berdekatan; dan
d) apa-apa butir yang lain sebagaimana yang dikehendaki oleh Pesuruhjaya.
3) Bagi maksud perenggan 2 (c), tanah yang berdekatan ertinya –
a) mana-mana tanah yang bersempadanan dalam lingkungan dua ratus meter
dari sempadan tanah yang dimaksudkan oleh permohonan di bawah
seksyen ini;
b) mana-mana tanah yang terpisah dari tanah yang dimaksudkan oleh
permohonan yang dibuat di bawahseksyen ini oleh mana-mana jalan,
lorong, parit atau tanah rizab yang lebarnya tidak melebihi dua puluh meter
dan yang akan menjadi bersempadanan dengan tanah yang dimaksudkan
oleh permohonan itu jika tanah itu tidak dipisahkan oleh jalan, lorong, park
atau tanah rizab itu; atau
c) mana-mana tanah yang terletak dalam lingkungan dua ratus meter dari
sempadan tanah yang dimaksudkan oleh permohonan di bawah seksyen
ini.
4) Pesuruhjaya hendaklah menasihati pihak berkuasa perancang tempatan supaya
mengenakan syarat-syarat apabila memberikan kebenaran merancang atau
perintah pembangunan yang melibatkan suatu tapak warisan yang boleh termasuk
–
a) menghendaki pematuhan mana-mana garis panduan dan tatacara
pemuliharaan yang dikeluarkan oleh Menteri;
b) menghendaki pembayaran apa-apa kerosakan yang disebabkan kepada
mana-mana tapak warisan selepas kerja-kerja yang dibenarkan oleh
kebenaran merancang atau perintah pembangunan itu selesai; atau
c) menghendaki perlindungan dan pengekalan mana-mana ciri tertentu tapak
warisan itu.
5) Jika kebenaran merancang diberikan, Pesuruhjaya hendaklah berhubung,
berkerjasama dan menyelaraskan dengan pihak berkuasa perancang tempatan
untuk memantau dan mengawasi terma dan syarat yang dikenakan yang
berhubungan dengan pemuliharaan warisan dipatuhi.
6) Mana-mana orang yang melanggar mana-mana syarat yang di kenakan di bawah
subseksyen (4) melakukan suatu kesalahan. -
Apakah insentif yang ditawarkan kepada pemilik bangunan warisan dan langkahlangkah yang diambil oleh kerajaan bagi memastikan bangunan warisan sentiasa dipelihara?
Insentif yang ditawarkan kepada pemilik bangunan warisan dan langkah-langkah yang
diambil oleh kerajaan bagi memastikan bangunan warisan sentiasa dipelihara boleh
dirujuk Akta Warisan Kebangsaan 2005 berdasarkan Bab 4; Pemuliharaan Dan
Pemeliharaan Tapak Warisan Seksyen 41 : Perintah Pemeliharaan Monumen
1) Jika Pesuruhjaya, dengan persetujuan Pihak Berkuasa Negeri, berpuas hati
bahawa mana-mana yang dianggap sesuai untuk didaftarkan sebagai tapak
warisan adalah dalam keadaan using atau dalam bahaya hampir dirobohkan,
dimusnahkan, dirosakkan atau diubah, Pesuruhjaya hendaklah menyampaikan
kepada pemunya monumen itu suatu Perintah Pemeliharaan Monumen
sementara menunggu kelulusan pendaftarannya.
2) Perintah Pemeliharaan Monumen hendaklah mengandungi apa-apa syarat
sebagaimana yang dinyatakan.
3) Perintah Pemeliharaan Monumen hendaklah mula berkuat kuasa sebaik sahaja
Perintah itu disampaikan kepada pemunya monumen itu.
4) Perintah Pemeliharaan Monumen hendaklah terus berkuat kuasa selama tempoh
Sembilan puluh hari dari tarikh Perintah itu disampaikan dan boleh dilanjutkan
oleh Pesuruhjaya selama apa-apa tempoh masa yang difikirkannya patut.
5) Walau apa pun subseksyen (4), Perintah Pemeliharaan Monumen hendaklah
terhenti berkuat kuasa –
a) jika monumen itu ditetapkan sebagai suatu tapak warisan; atau
b) jika Pesuruhjaya memutuskan tidak menetapkan monumen itu sebagai suatu
tapak warisan.
6) Mana-mana orang yang melanggar Perintah Pemeliharaan Monumen melakukan
suatu kesalahan.
42. Kewajipan untuk menjaga tapak warisan dalam keadaan baik
1) Pemunya suatu tapak warisan hendaklah memastikan bahawa tapak warisan itu
sentiasa dalam keadaan baik.
2) Jika Pesuruhjaya berpuas hati bahawa langkah-langkah yang munasabah tidak
diambil bagi pemeliharaan sewajarnya monumen itu, dia boleh menjalankan apaapa
kerja pembaikan, setelah memberikan kepada mana-mana orang didapati
oleh Pesuruhjaya sebagai pemunya monumen itu dua minggu notis mengenai
niatnya untuk berbuat demikian, dan segala kos dan belanja yang
semunasabahnya dilakukan untuk menjalankan kerja itu hendaklah dibayar ganti
oleh orang itu.
43. Pembiayaan kerja pemuliharaan
1) Seseorang pemunya tapak warisan boleh, bagi maksud menjalankan apa-apa
kerja pemuliharaan dan pemeliharaan di atas tapak warisan itu memohon
kepada Pesuruhjaya bagi apa-apa pemberian atau pinjaman.
2) Pesuruhjaya boleh, selepas berunding dengan Majlis dan Pihak Berkuasa
Negeri, membuat perkiraan dengan pemunya sesuatu tapak warisan untuk
menjalankan apa-apa kerja pemuliharaan dan pemeliharaan yang difikirkan
sesuai oleh Pesuruhjaya.
3) Pesuruhjaya boleh, dengan kelulusan Majlis, mengeluarkan pemberian atau
pinjaman yang akan dibayar daripada Kumpulan Wang bagi kerja-kerja
pemuliharaan dan pemeliharaan itu.
4) Pesuruhjaya boleh, apabila memberikan pemberian atau pinjaman itu,
mengenakan apa-apa syarat sebagaimana yang difikirkannya sesuai ke atas
pemunya.Lampiran ‘A’
SENARAI INVENTORI TAPAK WARISAN NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN
Bangunan Kerajaan / Perkhidmatan PBT Daerah
1. Bangunan Pejabat Tanah & Daerah Kuala Kubu Bharu, Jalan Bukit Kerajaan, Kuala
Kubu Bharu.
Majlis Daerah
Hulu Selangor
Hulu Selangor
2. Bekas Bangunan Gereja & Balai Polis Lama (Pejabat Polis Cawangan Trafik), Jalan
Bukit Kerajaan Kuala Kubu Bharu.
Majlis Daerah
Hulu Selangor
Hulu Selangor
3. Balai Bomba Lama, Jalan Dato’ Tabal, Kuala Kubu Bharu Majlis Daerah
Hulu Selangor
Hulu Selangor
4. Pejabat Pos Kuala Kubu Bharu Majlis Daerah
Hulu Selangor
Hulu Selangor
Stesen Keretapi
5. Bangunan Stesen Keretapi Kuala Kubu Bharu, Kampung Kelapa, Ampang Pecah,
Kuala Kubu Bharu.
Majlis Daerah
Hulu Selangor
Hulu Selangor
6. Bangunan Stesen Keretapi Rawang. Majlis Daerah
Hulu Selangor
Hulu Selangor
Balai Polis
7. Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kuala Kubu Bharu. Majlis Daerah
Hulu Selangor
Hulu Selangor
8. Balai Polis Rawang (sekarang cawangan trafik) Majlis Daerah
Hulu Selangor
Hulu Selangor
Rumah Ibadat
9. Masjid Lama Ampang Pecah, Kampung Ampang Pecah, Kuala Kubu Bharu. Majlis Daerah
Hulu Selangor
Hulu Selangor
… 2/-
– 2 –
Institusi Pendidikan PBT Daerah
10. Bangunan Sekolah Rendah Kebangsaan Sungai Selisek, Ulu Bernam. Majlis Daerah
Hulu Selangor
Hulu Selangor
Bangunan Kerajaan / Perkhidmatan
11. Bekas Bangunan Pejabat Daerah (Bangunan Sultan Suleiman), Jalan Stesen, Klang. Majlis Perbandaran Klang Klang
12. Standard Chartered Bank, Jalan Dato’ Hamzah, Klang. Majlis Perbandaran Klang Klang
13. Bangunan Pejabat Agama Islam, Jalan Dato’ Hamzah, Klang Majlis Perbandaran Klang Klang
14. Balai Bomba Lama, Jalan Gedung Raja Abdullah, Klang. Majlis Perbandaran Klang Klang
15. Pejabat Pos Klang. Majlis Perbandaran Klang Klang
Istana
16. Istana Jameiyah / Istana Bandung, Jalan Kota Raja, Klang. Majlis Perbandaran Klang Klang
17. Istana Sri Kenangan, Jalan Rusa, Kampung Jawa, Klang. Majlis Perbandaran Klang Klang
18. Istana Mahkota, Jalan Rusa, Kampung Jawa, Klang. Majlis Perbandaran Klang Klang
Kota
19. Kota Raja Mahadi(Bangunan Utama Majlis Perbandaran Klang), Klang. Majlis Perbandaran Klang Klang
Institusi Pendidikan
20. Sekolah Convent, Jalan Tengku Kelana, Klang. Majlis Perbandaran Klang Klang
21. Bangunan Kolej Islam Sultan Alam Shah, Jalan Kota Raja, Klang. Majlis Perbandaran Klang Klang
Stesen Keretapi
22. Bangunan Stesen Keretapi Klang, Jalan Stesen, Klang. Majlis Perbandaran Klang Klang
… 3-
– 3 –
Balai Polis PBT Daerah
23. Bangunan Ibu Pejabat Polis Klang. Majlis Perbandaran Klang Klang
24. Balai Polis Klang, Pekan Lama, Klang. Majlis Perbandaran Klang Klang
Rumah Ibadat
25. Masjid Dato’Dagang, Jalan Kota Raja, Klang. Majlis Perbandaran Klang Klang
26. Masjid Sultan Suleiman Jamiur Rahmah, Jalan Kota raja, Klang. Majlis Perbandaran Klang Klang
Gereja
27. Gereja Khatolik Our Lady Of Lourdes, Jalan Tengku Kelana, Klang. Majlis Perbandaran Klang Klang
Tokong
28. Tokong Kwan Imm Teng Temple, Klang. Majlis Perbandaran Klang Klang
Rumah Ibadat
29. Masjid Diraja Sultan Alauddin, Kampung Bandar, Kuala Langat Majlis Daerah
Kuala Langat
Kuala Langat
Balai Polis
30. Bangunan Ibu Pejabat Polis Kuala Langat. Majlis Daerah
Kuala Langat
Kuala Langat
Istana
31. Istana Jugra, Kuala Langat. Majlis Daerah
Kuala Langat
Kuala Langat
… 4/-
– 4 –
Institusi Pendidikan PBT Daerah
32. Bangunan Sekolah Kebangsaan Bandar, Jugra Kuala Langat. Majlis Daerah
Kuala Langat
Kuala Langat
Makam
33. Makam Diraja Jugra, Kuala Langat. Majlis Daerah
Kuala Langat
Kuala Langat
Kota
34. Kota Melawati, Bukit Melawati, Kuala Selangor. Majlis Daerah
Kuala Selangor
Kuala Selangor
35. Kota Tanjung Keramat, Bukit Melawati, Kuala Selangor. Majlis Daerah
Kuala Selangor
Kuala Selangor
Kota
36. Kota Darul Ehsan(Lebuhraya Persekutuan), Petaling Jaya. Majlis Bandaraya
Petaling Jaya
Petaling
Balai Polis
37. Balai Polis Sungai Air Tawar, Sabak Bernam. Majlis Daerah
Sabak Bernam
Sabak Bernam
Rumah Ibadat
38. Masjid Panchang Bedena, Sabak Bernam. Majlis Daerah
Sabak Bernam
Sabak Bernam
… 5/-
– 5 –
Stesen Keretapi PBT Daerah
39. Bangunan Stesen Keretapi Kajang. Majlis Perbandaran
Kajang
Hulu Langat
Bangunan Kerajaan / Perkhidmatan
40. Pusat Kawalan Kusta Negara, Sungai Buluh. Majlis Bandaraya
Shah Alam
Gombak