Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 April 2010 hingga 14 April 2010

7) INFRASTRUKTUR

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah peruntukan untuk menyelenggara jalan-jalan kampung di Negeri Selangor yang disalurkan oleh Kerajaan Pusat sepanjang tahun 2009 mengikut pecahan daerah ?

    Secara amnya, peruntukan yang disalurkan oleh Kerajaan Pusat kepada JKR Negeri
    Selangor adalah untuk kerja-kerja pembinaan jalan baru, menaiktaraf jalan serta
    menyelenggara jalan-jalan kampung di seluruh Negeri Selangor. Perincian peruntukan
    yang diterima oleh setiap daerah untuk pelaksanaan kerja-kerja tersebut adalah
    sepertimana yang ditunjukkan di dalam lampiran berkembar (Lampiran A).

  2. Bilakah jalan utama Parit 6 menuju ke Main Canal akan dinaiktaraf secara menyeluruh dan nyatakan berapakah jumlah anggaran kos yang bakal dibelanjakan apabila melakukan kerja-kerja menaiktaraf tersebut ?

    Jalan utama parit 6 menuju ke Main Canal sepanjang 6 km dan lebar 16 kaki adalah
    jalan negeri single carriageway dibawah seliaan JKR dan jalan ini masih lagi mampu
    menampung trafik yang ada. Namun begitu, pihak JKR telah menyenaraikan
    perancangan untuk menaiktaraf jalan utama Parit 6 menuju ke Main Canal di dalam
    Rancangan Malaysia ke-10 (RMKe10). Jumlah anggaran kos bagi melaksanakan kerjakerja
    menaiktaraf jalan tersebut adalah RM 4,000,000.00.
    Walaubagaimanapun, JKR daerah akan melaksanakan kerja-kerja membaiki jalan dan
    dijangka mula pada minggu kedua April 2010.

  3. Bilakah jalan Cross Bun 1 Parit 7 menuju ke Parit 8 yang rosak dan berlekak-lekuk sepanjang kira-kira 1 kilometer akan diperbaiki untuk kemudahan para petani ?

    Kerja-kerja pembaikan kecil bagi memastikan jalan tersebut selamat dilalui telah
    dijalankan pada 2 April 2010 dan akan diteruskan dari semasa ke semasa.
    RINGKASAN PRESTASI PELAKSANAAN PROJEK JALAN KAMPUNG 2009
    BIL DAERAH BIL.
    PROJEK
    PERUNTUKAN
    SEBENAR
    (RM)
    % PROJEK
    SIAP
    1 HULU LANGAT 12 358,275.50 100
    2 SABAK BERNAM 5 379,331.20 100
    3 KUALA SELANGOR 3 355,892.00 100
    4 SEPANG 1 180,000.00 100
    5 GOMBAK 8 386,414.30 100
    6 KLANG 25 540,000.00 100
    7 HULU SELANGOR 4 164,265.00 100
    8 KUALA LANGAT 2 179,261.00 100
    9 PETALING 9 356,561.00 100
    JUMLAH 2,900,000.00

Lampiran

Tiada Lampiran.