Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 April 2010 hingga 14 April 2010

3) RASUAH DI NEGERI SELANGOR

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah dasar kerajaan untuk mengatasi masalah rasuah di Negeri Selangor?

    Berbagai pendekatan telah dilakukan dan dilaksanakan untuk mengatasi masalah rasuah
    di Negeri Selangor. Antara perkara yang telah dilakukan adalah seperti mengadakan
    kursus bagi meningkatkan integriti dan penambahbaikan sistem penyampaian
    perkhidmatan awam kepada penjawat awam dan juga kursus-kursus untuk
    memantapkan kerohanian kepada masyarakat Selangor seluruhnya. Kursus ini diadakan
    secara berkala di sepanjang tahun. Antara kursus-kursus yang diberikan kepada
    penjawat awam pada tahun 2008 hingga kini adalah seperti jadual di bawah:-
    BIL AKTIVITI TARIKH / TEMPAT PESERTA
    1. Bengkel Pelan Tindakan dan
    Pencegahan Rasuah Negeri
    Selangor
    02 – 05 Jun 2008 /
    Quality Hotel, Kuala
    Lumpur
    150 orang
    Kumpulan (P&P) dan
    Kumpulan Sokongan
    2. Kursus Penambahbaikan Sistem
    Penyampaian Perkhidmatan
    Awam Negeri Selangor Bagi
    Kumpulan Sokongan Siri 1
    Tahun 2008
    6 – 20 Jun 2008 /
    Akademi Latihan
    Inovasi dan Motivasi
    (ALIM) dan Institut
    Integriti Malaysia (IIM)
    40 orang
    Kumpulan Sokongan
    3. Kursus Penambahbaikan Sistem
    Penyampaian Perkhidmatan
    Awam Siri 1 dan 2 Tahun 2009
    Siri 1 – 16-20 Feb
    2009 / PULAPES,
    Banting
    Siri 2 – 13-17 Julai
    2009 / Akademi
    Latihan Inovasi dan
    Motivasi (ALIM) &
    Hotel Singgahsana
    40 orang
    Kumpulan Sokongan
    40 orang
    Kumpulan Sokongan
    4. Kursus Pemantapan Individu
    dan Organisasi Berintegriti
    (PIOB)
    Siri 1 Tahun 2010
    24 – 26 Mac 2010 /
    Hotel Armada,
    Petaling Jaya
    30 orang Kumpulan
    P&P
    BIL AKTIVITI TARIKH / TEMPAT PESERTA
    5. Kursus Induksi Umum
    Slot Ceramah Integriti
    Berdasarkan kursus
    induksi yang
    dijalankan
    Kumpulan Sokongan
    yang baru dilantik
    untuk pengesahan
    jawatan
    6. Seminar Pemantapan dan
    Pengukuhan Integriti 2009
    Seminar Pemantapan dan
    Pengukuhan Integriti 2010
    Bil.1 – 30 Sept 2009. /
    Dewan Annex
    Bil.2 – 15 Oktober
    2009. / Dewan Annex
    Bil.1 – 18 Januari
    2010 / Dewan Annex
    Bil.2 – 31 Mac 2010 /
    Dewan Annex
    45 orang dari
    Kumpulan P&P dan
    Sokongan
    60 orang dari
    Kumpulan P&P dan
    Sokongan
    96 orang dari
    Kumpulan P&P dan
    Sokongan
    122 orang dari
    Kumpulan P&P dan
    Sokongan
    7. Pelan Tindakan dan
    Pencegahan Rasuah (SPAI) –
    Pelan Pengurusan Risiko
    Telah dilaksanakan oleh kesemua Jabatan /
    Agensi Negeri Selangor.
    Jumlah Keseluruhan Peserta
    Dianggarkan 623 orang peserta daripada
    setiap Jabatan / Agensi di seluruh Negeri
    Selangor

  2. Sejak tahun 2008 berapakah kakitangan kerajaan telah ditamatkan perkhidmatannya kerana rasuah?

    Penjawat awam di Negeri Selangor adalah tertakluk di bawah peruntukan undangundang
    iaitu Peraturan-Peraturan Pegawai Awam Negeri Selangor (Kelakuan dan
    Tatatertib) 1995. Kewajipan ini telah dinyatakan secara jelas di bawah peruntukan
    berikut:
    i) Peraturan 3A(1), Peraturan-peraturan yang sama iaitu ‘seseorang pegawai
    hendaklah mematuhi peruntukan-peruntukan Peraturan-Peraturan ini’; dan
    ii) Peraturan 3A(2), Peraturan-peraturan yang sama iaitu ‘pelanggaran mana-mana
    peruntukan Peraturan-Peraturan ini oleh seseorang pegawai boleh
    menyebabkannya dikenakan tindakan tatatertib menurut Peraturan-Peraturan
    ini’.
    Selain itu, penjawat awam juga dikehendaki memberikan taat setia kepada DYMM
    Sultan Selangor, Negeri dan Kerajaan di mana seseorang penjawat awam dilarang
    sama sekali melanggar tata kelakuan berikut:
    i) membelakangkan tugas awamnya demi kepentingan peribadi;
    ii) berkelakuan dengan sedemikian cara yang mungkin menyebabkan kepentingan
    peribadinya bercanggah dengan tugas awamnya;
    iii) berkelakuan dengan apa-apa cara yang mungkin menyebabkan syak yang
    munasabah bahawa dia telah membiarkan kepentingan peribadinya bercanggah
    dengan tugas awamnya sehingga menjejaskan kebergunaannya sebagai
    pegawai awam atau menggunakan kedudukan awamnya bagi faedah sendiri;
    iv) mencemarkan nama Perkhidmatan Awam;
    v) kurang cekap, kurang berusaha;
    vi) tidak jujur, tidak amanah;
    vii) tidak bertanggungjawab;
    viii) membawa pengaruh luar;
    ix) ingkar perintah; dan
    x) cuai dalam melaksanakan tugas-tugasnya.
    Dalam peruntukan Peraturan 9, Peraturan-Peraturan yang sama, seseorang penjawat
    awam tidak boleh menerima atau memberi keraian sekiranya keraian itu dapat
    dengan apa-apa cara mempengaruhi tugas rasminya dan bercanggah dengan
    peraturan 4.
    Peruntukan Peraturan 8(1), Peraturan-Peraturan yang sama, seseorang penjawat
    awam tidak boleh menerima atau memberikan malah tidak boleh membenarkan
    isteri atau suami atau orang lain bagi pihaknya menerima atau memberi hadiah
    dalam apa-apa segi yang mempunyai kaitan sama ada secara langsung atau tidak
    langsung dengan tugas rasminya. Walaubagaimanapun Ketua Jabatan boleh
    memberikan kebenaran mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 1998
    iaitu “Garis Panduan Pemberian dan Penerimaan Hadiah Di Dalam Perkhidmatan
    Awam”.
    Sekiranya penjawat awam didapati melanggar peraturan yang telah ditetapkan maka
    tindakan tatatertib boleh diambil ke atasnya dan jika dibuktikan bersalah, pegawai boleh
    dikenakan hukuman di bawah Peraturan 38, Peraturan-peraturan yang sama iaitu sama
    ada satu atau mana-mana kombinasi hukuman berikut:
    i) Amaran;
    ii) Denda (maksimum tujuh (7) hari bekerja);
    iii) Lucut Hak Emolumen;
    iv) Tangguh Pergerakan Gaji (sama ada 3, 6, 9 atau 12 bulan);
    v) Turun Gaji (maksimum diturunkan tiga (3) pergerakan gaji dalam tempoh tiga (3)
    tahun);
    vi) Turun Pangkat (diturunkan ke gred yang lebih rendah dalam skim perkhidmatan
    yang sama); atau
    vii) Buang Kerja.

Lampiran

Tiada Lampiran.