Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
12 April 2010 hingga 14 April 2010
2) JUMLAH KELULUSAN GERAN YANG DIKELUARKAN KEPADA PENEROKA KG BUKIT CERAKAH MUKIM PETALING
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sejak tahun 2000- 2009, berapakah jumlah kelulusan geran yang dikeluarkan kepada peneroka tanah pertanian Kampung Bukit Cerakah Mukim Petaling?
Sebanyak 565 plot tanah telah diberi milik sebagai tujuan pertanian, Kampung Bukit Cherakah, Mukim Bukit Raja, Daerah Petaling.
-
Berapakah jumlah senarai nama yang belum diluluskan?
Jumlah senarai nama yang belum diluluskan adalah lebih kurang 90 nama.
-
Bolehkah keluarkan senarai nama peneroka dengan plot nombor geran tersebut yang diluluskan ?
Maklumat yang dipohon tidak dapat dikeluarkan kerana ia maklumat sulit terperingkat.