Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 April 2010 hingga 14 April 2010

235) KEMUDAHAN PENGANGKUTAN AWAM

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status bas yang telah dijanjikan untuk diberikan kepada MPSJ untuk kegunaan orang ramai pada tahun 2008?

    1. Permohonan untuk mendapatkan 2 buah bas melalui Exco Kerajaan Tempatan telah pun dihantar. Walaubagaimanapun permohonan tersebut sedang dalam

    Selain daripada itu, pihak MPSJ melalui Jabatan Perancang telah mengemukakan surat bertarikh 13/4/2009 (No. rujukan: MPSJ.260/10/55 Jld. 4(23)) kepada pihak  Rapid KL bagi memohon supaya menyediakan perkhidmatan percuma kepada OKU dan warga emas.

  2. Apakah langkah-langkah kerajaan negeri untuk memperbaiki sistem kemudahan pengangkutan di kawasan bandar seperti Subang Jaya dan Petaling Jaya?

    1. Antara dasar – dasar yang telah diambil untuk memperbaiki kemudahan sistem pengangkutan di kawasan bandar termasuk Subang Jaya dan Petaling Jaya adalah dengan melaksanakan dasar sistem pengangkutan awam yang lebih menyeluruh di Negeri Selangor dengan menghubungkan seluruh Negeri Selangor dalam tempoh satu
      • jam Ini merupakan hasrat dan fokus penting Kerajaan Negeri di bawah

    Pakej Rangsangan Ekonomi 2009 Kerajaan Negeri Selangor.

    Perluasan Sistem Pengangkutan Awam di Negeri Selangor merupakan salah  satu perkara penting yang diberi tumpuan khusus di dalam Pakej Rangsangan Ekonomi  2009 Kerajaan Negeri Selangor. Antara program penting yang menjadi teras adalah seperti berikut :

    1. Memastikan pengukuhan sistem pengangkutan awam di Negeri Selangor dapat meningkatkan kualiti hidup
    2. Modal Split dari 90:10 ke 50:50.
    • ‘One Hour Public Transport Model’
    1. Cadangan sambungan LRT Laluan Ampang dan LRT Laluan Kelana
    2. Menyambung Laluan LRT dari Kelana Jaya ke

     

     

     

    1. Terminal pengangkutan Awam Bersepadu (Bas, Teksi, LRT diintegrasikan dalam terminal pengangkutan awam).
    • Menambah penyediaan sistem pengangkutan ke seluruh kawasan dalam Negeri Selangor.
    • Menambah perkhidmatan ‘bas henti’henti’ antara bandar dalam Negeri

     

     

    Antara perancangan jangka masa pendek yang dicadangkan  untuk  meningkatkan  sistem pengangkutan awam di kawasan Subang Jaya dan Petaling Jaya adalah Projek Cadangan sambungan LRT Laluan Ampang (AMG) dan LRT Laluan Kelana Jaya (KLJ) oleh Syarikat Prasarana Negara Berhad (SPNB)

    Sambungan LRT Laluan Ampang sepanjang 17.7 km akan bermula dari Stesen Sri Petaling sedia ada dan berakhir di Puchong/USJ – Bandar Putera Heights. Bagi sambungan LRT Laluan Kelana Jaya sepanjang 17 km akan bermula dari Stesen Kelan Jaya dan berakhir di Puchong/USJ – Bandar Putera Heights. Daripada 26 stesen, sebanyak 9 stesen akan disediakan kemudahan ‘Park & Ride’.

    Kerajaan Negeri dalam Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (MMKN) ke 17/2009 yang bersidang pada 27 Mei 2009 telah mengambil maklum mengenai cadangan sambungan LRT Laluan Ampang dan LRT Laluan Kelana Jaya.

    Selaku Pihak Berkuasa Negeri, Kerajaan Negeri telah meminta  pihak  Syarikat  Prasarana Negara Berhad (SPNB) mengambil kira dan mematuhi  perkara-perkara  berikut :

    • Penyediaan tempat letak kereta (TLK) yang mencukupi bagi menggalakkan ‘park n ride’.

     

    • Penyediaan ‘feeder service’ seperti perkhidmatan bas serta memastikan frekuensi perkhidmatan yang menetapi waktu, pantas dan cekap serta laluan ‘loop’ yang berkesan.

     

    • Penyediaan ‘lay by’ dan ‘drop zone’ khas berbumbung untuk perkhidmatan bas dan teksi serta orang awam yang menghantar dan mengambil pengguna

     

    • Reka bentuk stesen yang ‘mesra pengguna’ dengan mengambil kira keperluan OKU, warga emas dan kanak-kanak.

     

    • Memperkenalkan sistem tiket bersepadu (one ticket) yang merangkumi semua mod pengangkutan awam.

     

    • Mengambil kira kesan ‘gegaran’ dan tahap bunyi bising’ terhadap guna tanah
  3. Adakah Kerajaan Negeri akan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk (b) di atas? Jika ya, berikan butir-butir.

    1. Kerajaan Negeri sentiasa bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan dalam perancangan sistem pengangkutan di kawasan bandar khususnya Subang  Jaya, Petaling Jaya, Shah Alam, Kajang, Ampang Jaya, Selayang dan Klang. Perancangan sistem pengangkutan melibatkan perancangan yang melangkaui satu-satu Pihak Berkuasa Tempatan dan ia perlu diselaraskan supaya wujudnya  kesinambungan  jaringan dan perancangan yang

    Kerajaan Negeri juga telah memberi pandangan dan cadangan sistem pengangkutan awam di dalam Pelan Tempatan Bandar raya Kuala Lumpur 2020 diselaraskan dengan Kajian Pelan Integrasi Pengangkutan Awam dan Guna tanah Lembah Klang. Cadangan pengangkutan awam berasaskan rel di dalam Pelan Tempatan Bandar raya  Kuala Lumpur 2020 perlu mengambil kira kedudukan Negeri Selangor dan pusat-pusat pertumbuhannya terutama lima (5) Pihak Berkuasa Tempatan yang terlibat iaitu MBPJ, MPSJ, MPKj, MP Selayang dan MPAJ.

    Antar kerjasama dan penyelarasan yang dilakukan adalah mengguna pakai dasar-dasar berkaitan pengangkutan awam seperti yang terkandung di dalam Rancangan Fizikal Negara, Dasar Perbandaran Negara dan langkah-langkah di bawah National Key Result Areas (NKRA).

    Terdapat lima (5) Dasar Rancangan Fizikal Negara, tiga (3) Dasar Perbandaran Negara dan enam (6) Langkah National Key Result Area (NKRA) yang  memerlukan  kerjasama  di antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan.

    Lima (5) dasar-dasar di dalam Rancangan Fizikal Negara yang berkaitan adalah seperti berikut :

    1. RFN 23 – Rangkaian pengangkutan negara bersepadu perlu diwujudkan dengan mengambil kira hubungan antara guna tanah dan
    2. RFN 25 – Rangkaian jalan raya negara perlu diperluaskan untuk kemudahsampaian di peringkat wilayah dan
    • RFN 26 – Lapangan terbang dan pelabuhan utama perlu dibangunkan mengikut fungsi yang saling melengkapi bagi mengukuhkan daya saing ekonomi negara dan memudahkan ketibaan
    1. RFN 27 – Konsep pembangunan berorientasikan transit (TOD) perlu digalakkan sebagai asas perancangan guna tanah bandar bagi memastikan kebolehlaksanaan pengangkutan
    2. RFN 29 – Sistem pengangkutan awam bersepadu perlu dibangunkan di semua pusat bandar

     

     

     

     

     

    Tiga (3) Dasar Perbandaran Negara yang berkaitan adalah :

    1. DPN 15 – Sistem pengangkutan awam yang bersepadu, efisien dan mesra pengguna dibangunkan.
    2. DPN 16 – sistem Pengurusan lalu lintas yang lebih menyeluruh dilaksanakan untuk memastikan pergerakan lalu lintas yang lebih cekap dan
    • DPN 17 – Rangkaian jalan raya yang lebih menyeluruh dibangunkan bagi meningkatkan aksesibiliti dan mobiliti di dalam dan di antara

     

     

    Enam (6) Langkah National Key Result Area (NKRA) di bawah Program Peningkatan Sistem Pengangkutan seperti berikut :

    1. Cadangan sambungan LRT Laluan Ampang dan LRT Laluan Kelana Jaya oleh Syarikat Prasarana Negara Berhad (SPNB). Cadangan Laluan yang melibatkan kawasan Petaling Jaya dan Subang
    2. Intergrated Smart Ticketing diperkenalkan untuk mengurangkan masa menunggu di waktu puncak dan mengatasi masalah penyelarasan tiket antara pengusaha bas yang
    • Terminal Pengangkutan Awam
    1. meningkatkan rangkaian perkhidmatan pengangkutan, di mana Laluan baru akan meliputi rangkaian yang lebih
    2. menyediakan 3 kategori laluan bas utama iaitu Bus Expressway Transit (BET), Bus Lane dan Bus Rapit Transit (BRT).
    3. Menyemak Inventori Hentian Bas dan menyelaras penyediaannya mengikut hierarki iaitu, High Quality, Shelter, Flag Pole dan

     

     

    Kesemua dasar-dasar tersebut telah diterjemahkan di dalam Rancangan-Rancangan Tempatan PBT dan diguna pakai di dalam perancangan dan pembangunan setempat.

Lampiran

Tiada Lampiran.