Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 April 2010 hingga 14 April 2010

234) MASALAH HAKISAN PANTAI

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan jumlah peruntukan tahunan yang disalurkan oleh Kerajaan Negeri untuk mengatasi masalah hakisan tersebut ?

    1. Peruntukan tahunan yang disalurkan oleh Kerajaan Negeri untuk mengatasi masalah hakisan di kawasan pantai Negeri Selangor telah dibahagikan kepada lima daerah berpantai yang terlibat iaitu Daerah Klang, Sepang, Kuala Selangor, Sabak Bernam dan Kuala Langat. Daerah Klang menerima peruntukan sebanyak RM100 ribu pada tahun 2007, RM100 ribu pada tahun 2009 dan RM100 ribu untuk tahun 2010. Daerah Sepang pula menerima RM200 ribu, RM100 ribu, RM140 ribu dan RM100 ribu masing-masing pada tahun 2006, 2007, 2008 dan 2009. Bagi Daerah Kuala Langat pula, peruntukan yang diterima bagi mengawal hakisan pantai adalah sebanyak RM150 ribu pada tahun 2007, RM157 ribu pada tahun 2009 dan RM200 ribu untuk tahun 2010. Daerah Kuala Selangor pula mendapat peruntukan sebanyak  RM450 ribu pada tahun 2006, RM150  ribu pada tahun 2007, RM375 ribu pada tahun 2008, RM100 ribu pada tahun 2009 dan RM100 ribu pada tahun 2010. Daerah Sabak Bernam pula menerima peruntukan berjumlah RM200 ribu pada tahun 2009 dan RM100 ribu pada tahun
  2. Sila nyatakan apakah punca utama yang menyebabkan masalah hakisan pantai terus berlanjutan sehingga kini tanpa suatu penyelesaian yang holistik ?

    1. Hakisan pantai adalah satu fenomena alam yang akan berlaku berterusan dimana ianya berpunca daripada ribut ketika air pasang. Ianya menjadi masalah apabila harta benda dan infrastruktur diancam oleh hakisan pantai

     

    Tindakan mengatasi masalah hakisan pantai adalah melalui dua kaedah iaitu kaedah jangka pendek dan kaedah jangka panjang. Bagi kaedah jangka pendek, struktur  kawalan hakisan pantai dibina untuk melindungi benteng-benteng pantai daripada ancaman ombak.

     

    Bagi kaedah jangka panjang pula, anjakan pembangunan adalah dicadangkan bagi sebarang pembangunan di kawasan pantai berdasarkan Garis Panduan JPS 1/97. Anjakan pembangunan yang dimaksudkan adalah 400 meter daripada barisan pertama bakau yang menghadap ke laut bagi kawasan pantai berlumpur dan 60 meter daripada garisan pantai ke daratan bagi kawasan pantai berpasir.

     

  3. Bilakah masalah hakisan pantai yang sering melanda pantai Bagan Sekinchan dan sungai Sekinchan dapat diselesaikan oleh pihak JPS ?

    1. Pantai Sekinchan dilindungi oleh benteng-benteng pantai yang sentiasa dipantau oleh pihak JPS supaya berada dalam keadaan baik. Ini kerana kawasan  tersebut  adalah lebih rendah daripada aras laut ketika air

     

    Benteng-benteng ini mengalami masalah hakisan dari semasa ke semasa di mana pihak Jabatan telah menjalankan kerja-kerja menyelenggara benteng di beberapa kawasan di sepanjang pantai Sekinchan berdasarkan peruntukan yang diterima. Di samping itu,  pihak Jabatan juga telah memohon peruntukan untuk memperkukuhkan benteng pantai Sekinchan di dalam RMK-10.

Lampiran

Tiada Lampiran.