Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
12 April 2010 hingga 14 April 2010
233) SUMBER AIR
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah kerajaan menghadapi kekurangan bekalan air dalam jangka masa 20 tahun yang akan datang?
- Permintaan terhadap air meningkat setiap tahun selari dengan kadar peningkatan penggunaan air yang dianggarkan 2.5% hingga 3.7% per tahun. Ini dapat dilihat daripada data yang menunjukkan permintaan purata permintaan air di negeri Selangor pada tahun 2006 ialah 3780 JL/H meningkat kepada 3864.5 JL/H pada tahun 2008. Walau bagaimanapun, kini keadaan masih terkawal memandangkan kapasiti loji bagi Negeri Selangor adalah 4256 JL/H.
Daripada kajian yang dijalankan, unjuran peningkatan terhadap permintaan air dijangkakan akan meningkat sehingga 4335 JL/H pada tahun 2013. Jika sekiranya tiada perancangan atau langkah mitigasi dijalankan, kapasiti loji sedia ada di Negeri Selangor tidak dapat menampung permintaan tersebut dan menyebabkan pengurusan pembekalan air semakin kritikal.
-
Apakah rancangan kerajaan dalam pengurusan air untuk menjamin pembekalan yang mencukupi selepas pengambilan balik kuasa daripada Syabas?
- Melalui pengambilalihan semua konsesi air di Selangor, satu struktur perkhidmatan air yang baru dapat diwujudkan dengan ciri-ciri seperti mana yang telah dihasratkan di bawah Akta Industri Perkhidmatan Air (Akta 655) iaitu:-
- Sebuah syarikat yang dimiliki ataupun di bawah kawalan Kerajaan;
- Sebuah syarikat operator perkhidmatan air berlesen di bawah Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655); dan
- Sebuah syarikat yang beroperasi secara asset light dengan menumpukan perhatian sepenuhnya kepada peningkatan tahap keberkesanan dan kecekapan perkhidmatan berasaskan syarat lesen dan KPI yang dikawal selia Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).
Sebagai sebuah syarikat yang dimiliki oleh Kerajaan Negeri, kawalan secara langsung dapat diberikan oleh Kerajaan Negeri. Ditambah pula dengan adanya pengawasan dan pengawalan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) pemantauan ke atas prestasi operator akan dapat dilaksanakan lebih teratur dan berkesan terutamanya ke atas aspek ekonomi, teknikal, sosial dan perlindungan pengguna.
Ini dapat mengujudkan sistem tadbir urus yang lebih cekap dan telus di mana kepentingan rakyat akan diberi perhatian utama. Agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor dapat direalisasikan di bawah struktur baru ini di mana rakyat mendapat manfaat hasil kemakmuran ekonomi negeri Selangor.
Struktur baru ini dapat mengujudkan perkhidmatan air yang mapan berpandukan kepada pendekatan yang holistik. Keadaan ini akan mendorong pengurusan perkhidmatan air menjadi berdaya maju serta pengurusan kitaran air yang lebih cekap bagi mengoptimumkan penggunaan sumber dan infrastruktur.
- Melalui pengambilalihan semua konsesi air di Selangor, satu struktur perkhidmatan air yang baru dapat diwujudkan dengan ciri-ciri seperti mana yang telah dihasratkan di bawah Akta Industri Perkhidmatan Air (Akta 655) iaitu:-