Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
12 April 2010 hingga 14 April 2010
212) PINJAMAN MIKROKREDIT
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Senaraikan anggota-anggota yang menyertai Jawatankuasa Pinjaman Mikrokredit yang ditubuhkan oleh kerajaan negeri Selangor dan berapakah jumlah wang yang diperuntukkan bagi memulakan program pinjaman mikrokredit ini?
- Di bawah skim pinjaman mikrokredit ini terdapat 2 jawatankuasa yang dicadangkan iaitu;
- Lembaga Pemegang Amanah yang dianggotai oleh:
- A.B. Dato’ Menteri Besar Selangor;
- B Setiausaha Kerajaan Negeri;
- B Pegawai Kewangan Negeri:
- B Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan kemudahan Awam;
- Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan);
- Pengurus Besar Tabung Al-Qardhul Hassan Selangor (TQHS);
- Wakil Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM).
- Jawatankuasa Pemandu yang dianggotai oleh:
- Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan kemudahan Awam – Pengerusi;
- B. Pegawai Kewangan Negeri – Ahli;
- Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan – Ahli;
- Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains Teknologi dan Inovasi – Ahli;
- Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin – Ahli;
- Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Kampung Baru dan Penyelesaian Kilang Haram – Ahli;
- Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (Pembangunan) – Ahli;
- Pegawai – pegawai Daerah – Ahli;
- Pengurus Besar Tabung –
- Jumlah Yang diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri bagi memulakan program mikrokredit ini ialah RM50 juta.
-
Siapakah golongan sasaran yang layak mendapatkan pinjaman mikrokredit dan apakah syarat-syarat yang ditentukan bagi membolehkan mereka yang layak meminjam?
Golongan yang bakal menerima faedah adalah kepada golongan miskin dan berpendapatan rendah iaitu kurang dari RM1,500.00 bagi tujuan meningkatkan pendapatan supaya mereka dapat mengeluarkan diri dan keluarga dari kemiskinan. Fokus pembangunan program adalah bagi kawasan luar
-
Apakah langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan bagi memastikan mereka yang mendapat pinjaman dapat memanfaatkannya dengan sebaiknya dan seterusnya memulangkan wang yang telah dipinjam?
- Untuk menjayakan skim mikrokredit Selangor, pengalaman AIM dan Bank Grameen di Bangladesh menunjukkan bahawa latihan merupakan faktor terpenting dalam menjayakan skim ini. Modul latihan yang komprehensif akan dibentuk merangkumi latihan pegawai dan kakitangan agensi pengendali dan latihan para peminjam di berbagai-bagai peringkat.
Kumpulan pakar juga perlu diwujudkan bagi menentukan idea – idea baru terus mengalir bagi memperkasa dan memantapkan skim mikrokredit Selangor ini. Kumpulan pakar ini akan memberi input tentang “hardware dan software’’ terkini yang perlu diadakan bagi menentukan keberlangsungan skim ini. Pakar – pakar dari Bank Grameen, AIM dan lain individu yang mempunyai kepakaran khusus di bidang ekonomi pedesaan dan skim mikrokredit akan dijemput untuk menganggotai kumpulan pakar ini.