Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
12 April 2010 hingga 14 April 2010
207) BEKALAN AIR
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Di Negeri Selangor, terdapat banyak apartmen dan kondominium yang menghadapi masalah pengurusan dan pemotongan bekalan air sering berlaku. Apakah pandangan dan langkah-langkah yang akan diambil oleh kerajaan negeri untuk mengelakkan hal ini berlaku?
- Kerajaan Negeri Selangor berpandangan isu pemotongan bekalan air di apartmen dan kondominium sering berpunca daripada kegagalan pihak pengurusan bangunan menjelaskan bayaran meter pukal kepada pihak SYABAS. Bagi mengelakkan perkara ini berlaku adalah disarankan supaya pihak Persatuan Penduduk dan Pengurusan Bangunan mempercepatkan urusan migrasi meter pukal kepada meter
-
Adakah penghuni-penghuni apartmen dan kondominium juga boleh menikmati bekalan air 20 meter padu pertama secara percuma?
- Bagi memastikan penghuni-penghuni apartmen dan kondominium boleh menikmati bekalan air 20 meter padu pertama secara percuma, pihak pengurusan bangunan dan Persatuan Penduduk hendaklah memohon untuk berpindah daripada meter pukal kepada meter individu dalam masa terdekat ini kepada pihak