Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
12 April 2010 hingga 14 April 2010
205) KADAR PERCERAIAN
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sila nyatakan jumlah kadar perceraian di kalangan pasangan muda khususnya mengikut pecahan kaum sejak 5 tahun yang lalu ?
- Jumlah kadar perceraian di kalangan masyarakat Islam sejak lima (5) tahun yang lalu adalah seperti berikut :-
TAHUN 2005 2006 2007 2008 2009 Masyarakat Islam 3,030 3,421 3,685 4,069 2,247 STATISTIK KADAR PERCERAIAN PASANGAN MUDA* MENGIKUT KAUM
KAUM
TAHUN
CINA
INDIA
LAIN-LAIN
2005 321 151 17 2006 388 183 19 2007 483 231 30 2008 525 254 49 2009 577 267 46 *PASANGAN MUDA ADALAH DALAM LINGKUNGAN UMUR 20-30 TAHUN -
Sila nyatakan apakah faktor utama yang menyebabkan kecenderungan kadar penceraian semakin tinggi dan berleluasa di kalangan masyarakat sejak mutakhir ini ?
- Di antara faktor utama yang menyebabkan kadar perceraian semakin tinggi adalah seperti berikut ;
- Disebabkan ketidaksefahaman antara pasangan (irreconcilable differences)
- Jahil tentang ilmu perkahwinan yakni tidak tahu akan tanggungjawab sebenar suami isteri
- Kesibukan pasangan masing-masing menyebabkan tanggungjawab sebagai suami dan isteri sering diketepikan. justeru itu, kurang masa kualiti bersama- sama.
- Gaya hidup moden yang menjurus kepada permasalahan sosial seperti suami atau isteri yang terjerumus dalam kancah hubungan sulit
- Tidak berterus terang dan menyembunyikan tentang masa silam
- Gagal memahami dan menghargai pasangan dan membawa kepada permasalahan komunikasi antara pasangan
- Gagal memenuhi tuntutan batin pasangan
- Perkahwinan yang diaturkan oleh agensi mencari jodoh yang selalunya dengan pasangan warga asing akan berakhir dengan perceraian kerana pasangan tersebut akan lari pulang ke negara
- Menyembunyikan sifat /sikap sebenar pasangan sebelum dan selepas perkahwinan
- Sifat cemburu yang keterlaluan
Agensi atau badan yang bertanggungjawab dan lebih arif tentang soalan ini adalah badan pendamai perkahwinan atau tribunal perkahwinan. oleh itu, untuk mendapat jawapan yang lebih tepat adalah disarankan soalan ini diajukan kepada tribunal tersebut.
- Di antara faktor utama yang menyebabkan kadar perceraian semakin tinggi adalah seperti berikut ;
-
Sila nyatakan apakah bentuk bantuan dan bimbingan yang bakal dilakukan oleh Kerajaan Negeri bagi meminimumkan masalah tersebut ?
- JAIS telah melaksanakan perkhidmatan runding cara dan khidmat nasihat terhadap pasangan yang menghadapi krisis rumah tangga. Di samping itu juga beberapa program telah dilaksanakan seperti mewujudkan Pusat Pembangunan Keluarga Islam (PPKI) dan Pusat Pembangunan Sosial (PPS) untuk membantu masyarakat yang mengalami masalah kekeluargaan.