Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
12 April 2010 hingga 14 April 2010
199) PERPUSTAKAAN KOMUNITI DI NEGERI SELANGOR
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah kerajaan akan menambah perpustakaan komuniti di Negeri Selangor dalam 5 tahun ini dan berapakah buah perpustakaan komuniti yang akan ditambah? Sila nyatakan perpustakaan-perpustakaan dan kawasannya jika ada.
Sejak ditubuhkan pada tahun 1971, Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor bergerak seiring dengan wawasan Kerajaan Negeri Selangor dan sehingga tahun Mac 2010 Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor mempunyai sebanyak 92 pusat perkhidmatan. Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor memiliki dan menguruskan 53 buah Perpustakaan Komunit/ Desa di seluruh Negeri Selangor.
Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor sentiasa merangka rancangan untuk menambah perpustakaan komuniti/ desa di Negeri Selangor bagi memenuhi keperluan penduduk setempat dan memberikan akses mudah mendapatkan maklumat terkini. Sepanjang 6 tahun ini, sebanyak 58 permohonan untuk mewujudkan perpustakaan telah diterima. Masyarakat di Negeri Selangor kini telah mula sedar akan kepentingan dan kebaikan perpustakaan kepada mereka dan menjadikan perpustakaan sebagai penghubung untuk memperolehi ilmu pengetahuan dan juga tempat beriadah sesama ahli keluarga.
Perancangan bagi projek untuk membina dan menambah perpustakaan komuniti akan dilakukan bergantung kepada peruntukan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri dan Persekutuan. Walaubagaimana pun, Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor telah merancang beberapa buah perpustakaan komuniti/ desa seperti Perpustakaan Pekan Sri Manja di Petaling Jaya, Perpustakaan Pekan Ampang Waterfront, Perpustakaan Desa Pandan Jaya dan Perpustakaan Kg. Sungai Udang, Klang. Cadangan konsep bagi pembinaan perpustakaan tersebut telah mula dilaksanakan dan penyediaan kos adalah berdasarkan keperluan dan keluasan bangunan.
-
Berapakah bajet untuk setiap perpustakaan komuniti dalam setiap tahun? Sila terperincikan bajet untuk setiap perpustakaan.
- Peruntukan bagi membina perpustakaan komuniti berdasarkan jenis bangunan tersebut. Perincian berkaitan bajet ini adalah seperti di bawah:
- Cadangan agihan peruntukan bagi membina bangunan baru Perpustakaan Komuniti/ Desa (cadangan keluasan 50’ X 30’)
PERKARA KOS (RM) Kos pembinaan bangunan 180,000 Koleksi asas perpustakaan 50,000 Kelengkapan perabut 30,000 Kelengkapan komputer 20,000 JUMLAH 280,000 * Data diperolehi dari Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)