Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 April 2010 hingga 14 April 2010

198) PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Mengapakah peniaga-peniaga di Kompleks PKNS bersebelahan Pasar Besar Klang masih di benarkan beroperasi dari jam 3 pagi sedangkan persatuan-persatuan peniaga-peniaga di Pasar Besar Klang difahamkan oleh pihak EXCO dan PBT bahawa selepas bulan Disember 2009 mereka (peniaga-peniaga di Kompleks PKNS) tidak akan diberikan lesen perniagaan sekiranya mereka masih berbuat demikian ?

    1. Pihak penguatkuasa MPK telah menjalankan pemantauan di sekitar Kompleks PKNS setiap hari termasuk hari Sabtu dan Ahad bagi memastikan tiada peniaga-peniaga di kompleks tersebut menjalankan perniagaan pada awal jam 3 pagi. Pemantauan  /  operasi telah dijalankan sejak awal Disember 2009 sehingga Mac  2010yang  turut  disertai pegawai Jabatan Perlesenan dan Penjaja MPK bagi mengenal pasti premis dan penjaja memiliki lesen perniagaan / penjaja dari pihak MPK yang melakukan kesalahan untuk diambil tindakan sewajarnya.
  2. Setelah lebih dari 10 kali mesyuarat diadakan di antara wakil-wakil rakyat, pihak penguatkuasaan MPK, pihak polis dan persatuan peniaga Pasar Besar Klang, isu pendatang asing yang berniaga, isu masih belum dapat diselesaikan secara berkesan. Apakah ada langkah-langkah baru yang telah ditemui untuk menyelesaikan masalah-masalah ini secara tuntas dalam masa terdekat ?

    1. Pihak penguatkuasa MPK mengadakan operasi bersepadu bersama Jabatan Imigresen dan RELA bagi memastikan tiada penjaja warga asing menjalankan perniagaan. Selain itu, pihak penguatkuasa MPK turut menjalankan tindakan penyitaan ke atas warga asing yang menjalankan aktiviti menjaja di sekitar kawasan tersebut. Operasi bersepadu akan dijalankan dari masa ke semasa dengan lain-lain jabatan yang berkenaan mengikut kesesuaian dan keperluan jabatan yang

Lampiran

Tiada Lampiran.