Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 April 2010 hingga 14 April 2010

184) MASALAH TEKANAN AIR RENDAH

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Ismail Bin Sani

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Masalah tekanan air rendah kerap berlaku di Kampung Sungai Tekali dan Kampung Sungai Makau, Hulu Langat. Apakah punca yang menjadikan tekanan air ini rendah?

    1. Kampung Sungai Tekali dan Kampung Sungai Makau di Daerah Hulu Langat mengalami masalah tekanan air rendah berikutan daripada kedudukan kampung tersebut yang berada di paras ketinggian yang lebih. Paras ini menyebabkan kuasa graviti daripada sistem paip agihan tidak dapat menghantar sejumlah air yang sepatutnya ke kawasan tersebut.
  2. Apakah langkah yang diambil oleh kerajaan negeri untuk mengatasi masalah ini?

    1. Kerajaan Negeri bersama-sama pihak SYABAS sentiasa berhasrat untuk memastikan setiap kawasan bekalan air tidak mengalami gangguan dari segi tekanan air rendah. Antara langkah yang dirancang adalah menyediakan pam baru yang dapat membantu menghantar air yang secukupnya sekiranya situasi tekanan air rendah yang berlaku. Selain itu jua, pembinaan sebuah tangki berasingan untuk kawasan ini juga boleh dijalankan bagi mengelakkan masalah tekanan air rendah

Lampiran

Tiada Lampiran.