Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 April 2010 hingga 14 April 2010

182) MASJID SEBAGAI PUSAT TRANSFORMASI MASYARAKAT

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah pencapaian masjid-masjid di Selangor setelah berlakunya proses pemilihan AJK masjid mengikut enakmen yang tidak pernah di amalkan selama ini?

    1. Pencapaian masjid-masjid selepas pelantikan baru sesi 2009 – 2012 amat memberangsangkan. Perkara tersebut dapat dilihat melalui pelaksanaan pengimarahan masjid seperti kuliah-kuliah Maghrib, Subuh dan Dhuha. Selain itu, pelaksanaan KPI Pengurusan Masjid telah mula dilaksanakan mengikut prestasi pengurusan
  2. Adakah hasrat untuk menjadikan masjid sebagai pusat transformasi masyarakat menampakkan tanda-tanda kejayaan?

    1. Begitu juga dalam usaha menjadikan masjid-masjid sebagai pusat transformasi masyarakat, banyak program telah dilaksanakan antaranya Karnival Jom ke Masjid dan Koperasi Masjid.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.