Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
12 April 2010 hingga 14 April 2010
181) HYWIN
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah perkembangan terbaru tentang pelaksanaan jaringan internet HyWIN di negeri Selangor?
- Perkembangan projek HyWIN di Negeri Selangor ialah pihak syarikat masih dalam proses menyelesaikan perolehan tapak dan lesen-lesen
-
Apakah sasaran kerajaan untuk mempopularkan penggunaan jaringan internet broadband di kawasan desa?
- Sasaran kerajaan untuk mempopularkan penggunaan jaringan internet broadband di kawasan desa adalah melalui memperbanyakkan kandungan tempatan dan pakej capaian yang murah. Selain itu Kerajaan Negeri juga menganjurkan pertandingan laman web dan blog peringkat Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) serta latihan terhadap penggunaan laman sosial seperti Facebook dan Twitter