Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
12 April 2010 hingga 14 April 2010
179) KAWASAN RIZAB SUNGAI
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah rancangan kerajaan untuk mewartakan sungai-sungai utama di Selangor?
- Kerajaan melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah pun mewartakan sungai Klang di bawah seksyen (13) Kanun Tanah Negara, walaubagaimanapun JPS akan meneruskan usaha pewartaan Sungai Klang di bawah Seksyen (62) bagi memastikan rizab sungai lebih terpelihara. Di bawah seksyen (62), lot-lot tanah yang terlibat di dalam rizab sungai yang telah diberi hak milik akan dibuat pengambilan balik Bagi tujuan tersebut JPS akan menjalankan kerja-kerja ukur halus bagi tujuan tersebut. Di samping itu juga JPS dalam usaha untuk mewartakan Sungai Langat dan Sungai Selangor di bawah seksyen 13. Kertas-kertas pewartaan dijangka akan kemukakan bagi kedua-dua sungai tersebut pada September 2010.
-
Apakah tindakan yang akan diambil terhadap pengusaha-pengusaha yang menduduki tanah rizab sungai?
- Apabila berlaku pewartaan di bawah seksyen (62), tanah-tanah persendirian akan dikenal pasti untuk pengambilan balik tanah. Bagi pengusaha-pengusaha haram pula, tindakan penguatkuasaan akan diambil atas tuduhan pencerobohan tanah
-
Adakah kerajaan membenarkan struktur-struktur bangunan yang berkaitan pengusahaan ekopelancongan atau aktiviti ternakan perikanan dibina di kawasan rizab sungai?
- Aktiviti-aktiviti pembangunan ekopelancongan dan penternakan ikan termasuk pembinaan struktur boleh dibenarkan di kawasan rizab sungai sekiranya mematuhi syarat-syarat yang telah