Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 April 2010 hingga 14 April 2010

175) KUARI

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Kepesatan Pembangunan Perumahan di daerah Hulu Langat khusus nya di DUN Lembah Jaya amat membanggakan namun Kenapakah masih ada sebuah kuari ÒCEMEX RMC CONCRETE SDN BHDÓ masih dapat beroperasi di tengah pembangunan tersebut?

    1. Golden Plus Granite Sdn. Bhd. yang dahulunya dikenali sebagai Cemex RMC Concrete Sdn Bhd telah mula beroperasi dan diberikan pajakan kuari sejak 10 Disember 1973 dan telah disambung pajakannya dari 19 April 2007 untuk selama tiga puluh tahun lagi sehingga tamat tempoh 18 April

     

    Untuk makluman operasi kuari tersebut telah diberikan kebenaran beroperasi melalui Borang 4C pada tahun 2010 adalah bersandarkan daripada ulasan – ulasan jabatan teknikal seperti Jabatan Mineral dan Geosains dan Jabatan Alam Sekitar yang menyokong permohonan memperbaharui permit kuari tersebut selain tarikh tempoh pajakan berakhir pada tahun 2037.

     

    Bagi tempoh tiga tahun berakhir hasil daripada kelulusan tersebut Kerajaan Negeri telah memperoleh royalti daripada Golden Plus Granite Sdn. Bhd. sebanyak RM 2,070,000.00 dengan pecahan sebanyak RM 822,000.00 bagi tahun 2008, RM 768,000.00 bagi tahun 2009 dan RM 480,000.00 sehingga Jun tahun 2010.

  2. Apakah benar bahawa sebuah tanah gantian telah dianugerahkan oleh Kerajaan dahulu bagi menggantikan tanah yang sedia ada?

    1. Kerajaan Negeri tidak pernah menganugerahkan tanah gantian kepada Golden Plus Granite Sdn. Bhd. bagi menggantikan tanah sedia ada. Untuk makluman Golden Plus Granite Sdn. Bhd. telah menyerahkan seluas 14 ekar kepada Majlis Perbandaran Ampang Jaya bagi tujuan pembinaan perumahan bagi penyelesaian masalah setinggan pada tahun 2005 yang dimajukan oleh Syarikat Larut Jaya Sdn.

     

    Selain itu, seluas 1800 meter persegi tanah pajakan Golden Plus Granite Sdn. Bhd.    telah dibuat pengambilan tanah dan telah diluluskan bagi tujuan jalan masuk ke Lot    1287 dan jalan alternatif ke Kampung Tengah Ampang dan Kampung Dato’ Mufti Shuib bagi maksud pembangunan projek perumahan Sera-Tama Development Sdn. Bhd.

     

  3. Kenapakah pencemaran bunyi, habuk dan lain-lain yang mendatangkan kemudaratan kepada penduduk-penduduk sekitar tidak di hiraukan oleh pihak berkuasa dengan membenarkan kuari tersebut terus beroperasi?

    Siasatan Jabatan Alam Sekitar Selangor ke atas operasi kuari di atas mendapati  pihak   kuari telah melaksanakan semua arahan dan langkah kawalan berdasarkan garis panduan yang telah dikeluarkan oleh Kerajaan negeri ke atas semua kuari yang beroperasi di negeri Selangor. Operasi kuari juga mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya dari segi kawalan pencemaran dan juga mematuhi ’State Quarry Rules’ yang dikuatkuasakan oleh Jabatan  Mineral  dan Geosains. Jabatan Alam Sekitar Selangor akan terus memantau dari masa ke semasa bagi memastikan operasi kuari ini sentiasa mematuhi kehendak perundangan. Namun demikian masalah habuk dan bunyi yang dihadapi adalah berikutan dari pembangunan perumahan yang telah dibangunkan kemudian yang tidak mengambil kira keperluan mewujudkan zon penampan di antara operasi kuari dengan kawasan perumahan. Di samping itu laluan keluar masuk lori yang membawa batuan juga  mendatangkan  masalah habuk dan keselamatan penduduk disebabkan operasi yang terlalu hampir dengan kawasan perumahan.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.