Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 April 2010 hingga 14 April 2010

166) YAYASAN BASMI KEMISKINAN (YBK)

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bilakah kerajaan akan mengklasifikasikan maklumat berkaitan YBK?

    1. Kajian telah dimulakan dan dalam prosesnya, kerajaan menemui sejumlah perkara yang memerlukan penelitian lanjut. Ini mengambil sedikit masa untuk selesai. Secara umumnya gambaran besar isu ini telah selesai. Penelitian ini perlu kerana ia melibatkan hal berkaitan undang-undang dan integriti maklumat

     

  2. Apakah tindakan seterusnya kerajaan dalam isu ini?

    1. Buat masa ini kerajaan negeri punya cukup sebab untuk mengambil semula sebahagian tanah yang telah diberikan dan gagal diselesaikan cukainya. Kerajaan negeri juga tetap dengan pendirian bahawa wakilnya perlu ada di dalam Lembaga Pemegang Amanah untuk menjamin pengurusan yang baik, telus dan
  3. Adakah kerajaan akan menetapkan suatu pekeliling atau tatacara tentang sumbangan kerajaan kepada mana-mana badan kebajikan terutama yang diwujudkan oleh kerajaan?

    1. Kerajaan negeri tidak bercadang untuk menyukarkan sumbangan kepada mana-mana badan kebajikan bahkan ia amat digalakkan. Apa yang penting bagi kerajaan negeri adalah isu-isu pentadbiran yang baik, telus dan bertanggungjawab. Untuk badan kebajikan yang diwujudkan oleh kerajaan negeri atau menerima bantuan daripada kerajaan negeri seperti tanah, kemudahan dan wang, wakil kerajaan negeri perlulah dibenarkan menjadi Ahli Lembaga Amanah menurut keputusan yang dibincangkan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan. Tujuan asasnya ialah seperti yang dinyatakan tadi iaitu memastikan wujudnya pentadbiran yang baik, telus dan

Lampiran

Tiada Lampiran.