Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 April 2010 hingga 14 April 2010

151) KEMISKINAN

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah kesan program Merakyatkan Ekonomi Selangor(MES) dapat mengurangkan kadar keluarga miskin tegar?

    1. Program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) adalah agenda Kerajaan Negeri untuk membantu mengurangkan beban golongan berpendapatan rendah. Program MES ini telah dan akan dilaksanakan mengikut fasa-fasa seperti berikut :-

     

    Fasa Pelaksanaan Program MES
     

    Fasa I

    i)  Tabung  Anak Kelahiran Selangor

    ii)  Bekalan Air Percuma Bagi 20m2

    iii)  Hadiah Anak Masuk Universiti

    iv)  Caruman Takaful

    v)  Penubuhan Kumpulan Khazanah Selangor

    vi)  Pusat Khidmat Krisis Sehenti (OSCC)

     

    Fasa II

    i)  Kemudahan cuti bersalin 90 hari

    ii)  Kemudahan cuti untuk suami yang isterinya bersalin (14 hari)

    iii)  Cuti kematian suami (30 hari)

     

     

    Fasa III

    i)  Caruman takaful OKU/ Anak Yatim

    ii)  Bantuan kepada peniaga muda

    iii)  Bimbingan perniagaan kepada belia

    iv)  Bantuan anak ke nurseri

    v)  Bantuan  anak prasekolah

    vi)  Bantuan mendirikan rumah tangga

    vii)  Elaun Ibu Tunggal

    viii)  Elaun Khas Suri rumah

    ix)  Bantuan memiliki rumah tangga

  2. Apakah rancangan spesifik kerajaan dalam mempertingkatkan pendapatan keluarga miskin masyarakat India?

    1. Banyak program-program Kerajaan Negeri yang membantu meningkatkan pendapatan keluarga miskin semua kaum termasuk masyarakat India seperti Program Subsidi Tambang Bas, Program Kecemerlangan Anak-Anak UPSR, PMR dan SPM. Program peralatan ‘Blueprint’, Program Bantuan Kesihatan, Program Kerajaan
  3. Adakah kerajaan bersedia memberi hak milik atau pajakan tanah pertanian PKPS kepada rakyat miskin untuk menambahkan pendapatan?

    1. Jawatankuasa Mengkaji Soalan Dewan yang bermesyuarat pada 30 Mac 2010 telah menolak soalan

Lampiran

Tiada Lampiran.