Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 April 2010 hingga 14 April 2010

147) HOTEL BAJET, CYBER CAFE DAN PUSAT JAGAAN KESIHATAN

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah dasar Kerajaan Negeri untuk pembinaan/pemberian lesen hotel bajet, cyber cafe dan pusat jagaan kesihatan seperti rumah urut dan SPA?

    1. Dasar Kerajaan Negeri buat masa ini masih MEMBEKUKAN pemberian lesen kepada cyber cafe dan pusat jagaan kesihatan seperti rumah urut dan SPA. Walau bagaimanapun bagi lesen hotel bajet masih boleh dimohon untuk pertimbangan dan kelulusan PBT.
  2. Adakah satu garis panduan dikeluarkan kepada semua PBT dan adakah dasar ini diselaraskan di semua PBT?

    1. Kerajaan Negeri belum bercadang untuk mengeluarkan sebarang garis panduan memandang semua perkara yang diperlukan untuk mengawal aktiviti-aktiviti tersebut telah termaktub di dalam Undang – Undang Kecil PBT Selangor seperti berikut :

     

    • UUK Hotel 2007;
    • UUK Pusat Siber dan Kafe Siber 2007; dan
    • UUK Pusat Kecantikan dan Pusat Penjagaan Kesihatan 2007

    YB TUAN DR. AHMAD YUNUS BIN HAIRI

Lampiran

Tiada Lampiran.