Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
12 April 2010 hingga 14 April 2010
138) KECICIRAN PELAJAR MISKIN
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah tindakan yang diambil oleh Kerajaan Negeri bagi mengatasi masalah golongan pelajar miskin yang tidak mampu meneruskan persekolahan ke peringkat Sekolah Menengah khususnya dalam kawasan Telok Gong, Pelabuhan Klang?
- Dijawab oleh BPSM
-
Apakah inisiatif yang diambil oleh Kerajaan Negeri bagi memastikan nasib atau masa depan golongan pelajar miskin ini tidak gelap?
- Bagi memastikan para pelajar miskin ini tidak keciciran, Kerajaan Negeri mengadakan Program Kemahiran Teknikal, Program ini memberi peluang kedua kepada para pelajar yang tercicir disebabkan oleh masalah kemiskinan dan para pelajar yang tidak berminat bidang akademik untuk mendalami bidang kemahiran teknikal seperti Sijil Kenderaan Automatik, Juruteknik Elektrik, Kursus Pendandan Rambut, Jurukecantikan dan sebagainya. Kerajaan Negeri membiayai sepenuhnya yuran pengajian para pelajar miskin selain menyediakan elaun makan, elaun sara diri dan elaun Program ini berjaya menyediakan tenaga mahir dan membuka peluang pekerjaan kepada pelajar seterusnya membantu keluarga untuk keluar dari garis kemiskinan.