Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 April 2010 hingga 14 April 2010

134) KEMPEN ZON BERSIH

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah peruntukan yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri bagi melaksanakan kempen zon bersih dan senaraikan kawasan-kawasan yang terpilih untuk menjalankan Kempen Zon Bersih mengikut PBT?

    1. Kerajaan Negeri memperuntukkan sebanyak RM1.4 juta untuk pelaksanaan  kempen  zon bersih di semua Pihak Berkuasa Tempatan di mana masing-masing telah menerima sebanyak RM100,000 kecuali Majlis Perbandaran Klang (MPK) dan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) yang telah menerima peruntukan tambahan sebanyak RM100,000 melalui Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan Negeri Selangor pada  tahun  PBT diarahkan untuk memilih satu kawasan yang paling rendah tahap kebersihannya untuk dipertandingkan dan senarai kawasan-kawasan adalah seperti berikut :

     

     

    BIL PBT LOKASI ZON BERSIH
    1. MBSA TAMAN SERI MUDA SEKSYEN 25, SHAH ALAM
    2. MPBJ SEKSYEN 52
    3. MPSJ KG. TRADISI SERI AMAN, PUCHONG
    4 MPK JALAN BERANGAN, PELABUHAN KLANG &

    TAMAN GEMBIRA, KLANG

    5. MPS BANDAR BARU SELAYANG
    6. MPAJ PANDAN INDAH
    7. MPKj SEKSYEN 1, BANDAR BARU BANGI
    8. MPSp TAMAN SEROJA, BANDAR BARU SALAK TINGGI
    9. MDKS TAMAN BAYU, TAMAN DESIRAN & TAMAN PINGGIRAN
    10. MDHS BANDAR BARU BATANG KALI
    11. MDKL TAMAN SERI PUTERA, BANTING
    12. MDSB PASAR AWAM SEKINCHAN
  2. Senaraikan program yang telah dijalankan di bawah Kempen Zon Bersih sejak pelancaran kempen ini dan rancangan akan datang dalam tahun 2010.

    1. PBT- PBT telah melaksanakan banyak program di bawah Kempen Zon Bersih ini sejak dilancarkan pada tahun 2009 lepas dan Kerajaan Negeri telah menetapkan tiga (3) perkara yang wajib dilaksanakan di setiap zon bersih iaitu Papan Tanda Zon Bersih, Tong Sampah Zon Bersih dan Cat Jalan (Pavement Marking) Zon Bersih.  Selain  daripada itu, PBT bersama Jawatankuasa Penduduk dan agensi luar telah bekerjasama dalam melaksanakan program yang dirancang dan dianjurkan oleh PBT dan atas inisiatif jawatankuasa penduduk sendiri bersama Ahli Majlis zon yang terlibat. Berikut adalah senarai program zon bersih yang dijalankan oleh PBT- PBT di Selangor :

     

     

    Bil PBT Program Zon Bersih
    1. MBSA a.    Majlis Pemberian Kelengkapan Sekolah kepada Penduduk

    b.    Program Gotong- royong

    c.    Majlis Berbuka Puasa Surau Al-Falah, Sri Muda

    d.    Program Forum Harapan Rakyat

    e.    Program Perayaan pesta Hantu (Pho-Tho) Sri Muda

    f.     Karnival Deepavali anjuran MP Penduduk

    g.    Penambahbaikan landskap dan pembangunan infrastruktur di kawasan Sri Muda

    h.    Pembersihan kawasan tapak pasar

    2. MBPJ a.    Penyediaan ‘bunting’ zon bersih

    b.    Penyelenggaraan landskap

    c.    Buku Informasi zon bersih

    3. MPSJ a.    Program Kitar Semula (3R)

    b.    Program Mesra Rakyat MPSJ

    c.    Karnival Kg. Seri Aman

    d.    Program Pengkomposan

    e.    Kebun Angkat

    f.     Operasi Bunting Haram

    4. MPK a.    Program Gotong- royong

    b.    Penggredan premis/ tandas

    c.    Penguatkuasaan terhadap penjaja haram

    d.    Kawalan wabak denggi/ anjing liar

    5. MPAJ a.    Program gotong- royong Perdana 20.12.2009

    b.    Majlis Penyerahan Tong Jingga dan Pasu Bunga di kawasan Zon Bersih, Pandan Indah

    c.    Program Hari Bertemu Pelanggan

    6. MPS a.    Program gotong- royong Zon Bersih

    b.    Program menanam pokok

    c.    Kerja-kerja membaik pulih jalan (infra), kebersihan premis dan rumah

    7. MPKj a.    Majlis Perasmian Bangi Zon Bersih

    b.    Program Gotong- royong Bangi Bersih (8 kali)

    c.    Program Gotong- royong & Kempen Anti Denggi

    d.    Majlis Kemuncak Bangi Bersih

    e.    Karnival Usahawan Bangi

    f.     Konvoi Sinar ke Medan Usahawan Sek.1, Bangi

    g.    Forum Perdana

    h.    Mesyuarat Persatuan Peniaga Pasar Awam

     

     

     

        i.      Program Bumi Hijau

    j.      Dialog MMP Zon 23 dengan Penduduk Council Homes

    k.    Gotong –royong Tapak masjid Al-Umm

    l.      Senamrobik Komuniti & kempen Kesihatan

    m.   Ekspo Kasih Sayang 2010

    n.    Bengkel Kitar Semula

    8. MPSp a.    Pertandingan futsal Jawatankuasa Penduduk

    b.    Program IFTAR Perdana

    c.    Gotong –royong (3 kali)

    d.    Program Maulidur Rasul

    e.    Program Ceramah

    9. MDHS a.    Penyelenggaraan landskap

    b.    Program Gotong- royong

    10. MDKL a.    Program Gotong- royong Taman Seri Putra

    b.    Kerja-kerja Pembaikan Infrastruktur

    c.    Taklimat Penjagaan Air Bersih oleh  SYABAS

    d.    Program Kesedaran Kitar Semula Zon  Bersih

    e.    Program Clean X-Race

    f.     Sesi Dialog YDP bersama Penduduk

    11. MDKS a.    Majlis Pelancaran Zon Bersih

    b.    Program Gotong- royong

    c.    Program Kitar Semula

    d.    Pameran Kesihatan

    e.    Pertandingan Rumah Bersih

    f.     Program Gotong- royong dan Kasih Ramadhan

    g.    Hari Bertemu Pelanggan

    12. MDSB a.    Program gotong- royong Pasar Sekinchan

    b.    Sesi Dialog Bersama Jawatankuasa Pasar Awam

    c.    Operasi Zon Bersih Pasar Awam Sekinchan

  3. Apakah rancangan jangka panjang kerajaan negeri bagi mengurangkan kadar pembuangan sampah dalam negeri Selangor selain melalui program gotong-royong?

    1. Kerajaan Negeri bercadang untuk meneruskan Program Zon Bersih ini pada tahun hadapan dan tahun-tahun seterusnya di semua PBT memandangkan program ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dari semua pihak seperti Majlis Perwakilan Penduduk, Jawatankuasa Penduduk yang diketuai oleh Ahli Majlis, Joint Management Body (JMB) dan Management Corporation (MC) agensi luar dan sebagainya. Program yang dijalankan bukan sekadar melalui program gotong- royong sahaja tetapi turut melibatkan aktiviti kemasyarakatan yang lain di mana berjaya menarik penglibatan dan penerimaan yang positif dari semua pihak dan secara langsung dapat memupuk semangat menjaga kebersihan dan alam sekitar dalam diri individu masing- masing. Antara rancangan jangka masa panjang yang diambil oleh  Kerajaan  Negeri ialah seperti program kitar semula, pengedaran risalah-risalah mengenai penjagaan kebersihan serta kaedah pengurangan pembuangan sampah terutamanya di kawasan- kawasan perumahan, premis-premis perniagaan dan sebagainya serta mengadakan pertandingan kawasan kediaman terbersih, premis makanan terbersih dan sebagainya

     

    PBT bertindak sebagai pemantau dan rujukan kepada program yang dilaksanakan oleh penduduk dan pemeriksaan berkala perlu dibuat ke semua kawasan bagi memastikan kebersihan kawasan di tahap yang baik. Tindakan penguatkuasaan juga akan diambil ke atas pemilik premis yang ingkar mematuhi peraturan yang ditetapkan.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.