Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 April 2010 hingga 14 April 2010

123) PELANCONGAN

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Kerajaan Negeri Selangor Tahun Melawat Selangor 2010 dengan tema " Selangor Shines " dengan peruntukan RM 8 Juta. Bagaimanakah prestasi semasa dan prospek industri pelancongan di Selangor untuk tahun 2010?

    1. “Selangor shines” atau Selangor Bersinar ini bukanlah program “Tahun Melawat Negeri Selangor” tetapi merupakan satu kempen menggalakkan lebih ramai pelancong ke  negeri Selangor secara berterusan dan tidak ada jangka masa yang disasarkan seperti Tahun Melawat yang biasa dijalankan selama
  2. Berdasarkan peruntukan negeri, Apakah program khusus untuk meningkatkan segmen homestay?

    1. Sebenarnya, tidak terdapat peruntukan khusus berkaitan homestay di Negeri Selangor. Sebelum ini, peruntukan berkaitan infrastruktur di semua homestay di Negeri Selangor tidak hanya diperolehi daripada Kerajaan Negeri sahaja tetapi juga melalui Kerajaan Pusat. Bagi peruntukan Kerajaan Pusat, ia disalurkan sama ada melalui Pejabat Pembangunan Negeri atau Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Selangor (MTPN) di bawah peruntukan Rancangan Malaysia. Namun, Kerajaan Negeri melalui Peruntukan Pembangunan (Pelancongan) turut memberikan tumpuan daripada aspek promosi, merangka program dan pembangunan produk. Ketika ini, homestay merupakan salah satu produk pelancongan terpenting di negeri

     

    Kerajaan Negeri melalui Seksyen Sektoral, Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) dan Tourism Selangor Sdn Bhd (TSSB) sentiasa bekerjasama dengan Persatuan Homestay Negeri Selangor dalam memastikan promosi dan pembangunan homestay di negeri ini terus berkembang. Bagi tahun 2010, di bawah program memajukan kraftangan, UPEN telah merancang menjadikan homestay sebagai salah satu lokasi  menempatkan beberapa profuk kraf tangan yang signifikan dengan homestay terbabit. Ini merupakan strategi serampang dua mata dalam membangunkan industri kraf tangan  dan  pada  masa yang sama mempromosi serta meningkatkan imej homestay sebagai suatu produk yang berpotensi menarik minat pelancong.

     

     

     

     

    Selain itu, UPEN juga telah merancang tiga (3) program lawatan ke homestay-homestay terpilih di seluruh negara. Semua peserta lawatan terdiri daripada para pengusaha homestay, wakil jabatan berkaitan dan pengerusi-pengerusi homestay yang berkenaan. Homestay-homestay yang bakal dikunjungi dipilih di kalangan homestay yang terbaik di seluruh Malaysia. Program dua hala berkenaan meliputi sesi taklimat dan  ceramah, dialog dan lawatan tinjauan diharap mampu meningkatkan percambahan idea dan kreativiti di kalangan pengusaha homestay di Selangor. Ia merupakan antara sesi pembelajaran dan menimba pengalaman berguna terutama kepada beberapa homestay baru di Negeri Selangor.

     

    Melalui TSSB, program mempromosikan semua homestay di negeri Selangor masih diteruskan. Bersesuaian dengan kempen Selangor Shines, TSSB telah giat merangka  dan merancang program promosi dalam dan luar negara. Program-program promosi ini dilaksanakan dengan kerjasama Tourism Malaysia dan Kementerian Pelancongan Malaysia. Penerbitan risalah, pengiklanan di majalah, akhbar, media elektronik, billboard dan laman web merupakan antara bentuk promosi yang telah dibuat. Setakat ini maklum balas yang diterima adalah sangat memberangsangkan melalui peningkatan kunjungan terutama pelancong asing di beberapa homestay di Negeri Selangor. Malah diakui bahawa, beberapa buah homestay seperti Banghuris, Dorani dan Sungai Sireh merupakan antara homestay yang sangat aktif dan terbaik di Malaysia. Homestay- homestay ini telah menjadi mentor kepada homestay-homestay baru dan dijangka menjelang 2015, jumlah penyertaan di dalam program homestay di seluruh Negeri Selangor akan meningkat ke angka 1000 buah rumah.

     

  3. Sejauh manakah pendekatan agar pelancong asing atau tempatan tinggal lama dan berbelanja lebih di Selangor telah berjaya menambah bilangan pelancong yang datang ke Selangor dan jumlah pendapatan yang diterima daripada pendekatan program tersebut ?

    1. Berdasarkan statistik pada tahun 2009, pendekatan ini tidak dapat dijadikan pengukur kejayaan kerana berlaku penularan wabak H1N1 yang telah mengorbankan banyak nyawa di seluruh dunia serta krisis ekonomi global yang telah memberi impak  yang besar dari segi pengurangan kedatangan pelancong kepada industri pelancongan di seluruh dunia termasuklah di Negeri Selangor. Jika dibuat  perbandingan  bagi  tahun 2008 dan 2009 terdapat pengurangan dari segi kedatangan pelancong ke Negeri Selangor terutama sekali pelancong luar negara. Namun begitu pengurangan ini tidak begitu ketara kerana Negeri Selangor masih menjadi antara destinasi pilihan utama bagi pelancong domestik.

     

     

     

    TAHUN

    BILANGAN KEDATANGAN PELANCONG  

    PENDAPATAN

    LUAR NEGARA TEMPATAN JUMLAH
    2008 2,601,332 3,075,889 5,677,221 RM3.98 billion
    2009 2,398,680 3,248,961 5,647,641 RM3.96 billion

     

     

     

     

    Manakala bagi tahun 2010, terdapat peningkatan dari segi kedatangan pelancong dari bulan Januari 2010 hingga Februari 2010 jika dibandingkan bagi bulan yang sama bagi tahun 2009.

     

     

    TAHUN

    BILANGAN KEDATANGAN PELANCONG  

    PENDAPATAN

    LUAR NEGARA TEMPATAN JUMLAH
    Jan – Feb 2009 365,385 517,441 882,826 RM619.2 juta
    Jan – Feb 2010 414,039 547,828 961,867 RM674.6 juta

     

    Jumlah kedatangan pelancong bagi bulan Januari 2009 : 882,826 orang

     

    Melalui acara ini juga dapat menggalakkan pelancong dalam  dan  luar  negara berkunjung dan menginap lebih lama di Selangor. Tourism Selangor Sdn Bhd juga memainkan peranan utama bagi merangsang, mempromosi dan menyediakan serta menyebarkan maklumat mengenai produk-produk pelancongan yang terdapat di negeri Selangor serta turut mengadakan acara-acara pelancongan di negeri Selangor seperti senarai di bawah :-

     

    Tarikh Acara Tempat Kerjasama
    Jan 9 Larian Bendang Sabak Bernam MDSB
    Jan 15-17 MASUM

    (Matta International Umrah and Muslim Travel)

    SACC Convec Matta        Selangor, SUK, PKNS, MBSA
    Jan 29-30 Fiesta Thaipusam Batu Caves MPS, TSSB, SUK
    Feb 20 State Chinese New Year Open House Jenjarum SUK
    Feb 27 Chap Goh Mei i-City, Shah Alam MBSA, i-City
    Mac 7 Le Tour De Langkawi Kuala Kubu Baru MDHS
    Mac 13-14 Selangor 8th “Nash Hash” Royal Klang Club, Klang Royal Klang Club
    Mac 13-14 Karnival Sungai Klang Pangkalan       Batu,

    Klang

    MPK
    Mac 13-14 Shah Alam Auto Show 2010 Perkarangan Stadium Shah Alam H.A Gading Group Sdn Bhd
    April 24 &

    25

    Karnival Rakyat Stadium Malawati Perbadanan      Adat

    Melayu               dan Warisan

    April 24 &

    25

    Selangor Mountain Bike Challenge Kg Bukit Lagong, Sungai Buloh MPS
    May 23 Taggathon Batu Caves MPS
    May 23 Selangor Photo Hunt Shah Alam & Kuala Langat Photo           Creator Publication
    June    4,5

    & 6

    !st Asian Lion Dance

    Competition

    Stadium Malawati TSSB
    June 4-7 Kejohanan Paragliding Antarabangsa Selangor Bukit Jugra MDKL

     

     

     

    June Pesta Bola Piala Dunia Selangor Padang Timur, PJ MBPJ
    June International Arts and

    Literary Festival

    Stanco

    Pelancongan

    June Kejohanan Bot Laju Kawalan Jauh (PBD) Tasik Kelana Jaya, Kelana Jaya MBPJ
    July – Sept The Most Wonderful Trip in Selangor (Third Heat) Produk Pelancongan

    Selangor

    GO       International Sdn Bhd
    July 3 – 18 Musical Extravaganza Petaling           Jaya, Subang Jaya & Shah Alam Standco Kebudayaan, Standco          Belia,

    MBSA,          MBPJ,

    MBSA

    July 27 Bon Odori Festival Shah Alam Malaysia         Japan Club
    July 27 –

    August 7

    International Symposium

    Firely

    FRIM FRIM & MNS
    July 31 &

    Aug 1

    Selangor Jet-Ski Competition Kundang         Lake, Kuang MPS
    Aug 5-7 Worldwide Holdings Selangor Masters (GOLF) Kelab      Golf      Sri

    Selangor,    Petaling Jaya

    Worldwide Holdings & SUK
    Aug 9 Perayaan Orang Asal Sedunia Sepang Goldcoast JOAS / MPSp
    Oct 3 Adidas King Of The Road Shah Alam MBSA
    Oct Food Festival “Sate Kajang” Kajang MPKj
    Oct 23-24 Pesta Sayap Taman Alam,K.S MDKS/MNS
    Nov 1 Jaguh Bukit (Cycling Competiton) Kuala Kubu Baru MDHS
    Nov 19 –

    28

    Selangor Auto Festival Stadium Shah Alam MBSA
    Dec 4-11 Health Wellness Expo 2010 SACC    Convention Centre, Shah Alam MBSA, PKNS
    Dec 18 –

    19

    Bendang Festival Sabak Bernam MDSB

Lampiran

Tiada Lampiran.