Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
12 April 2010 hingga 14 April 2010
119) MASALAH MORAL
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah kes bersekedudukan yang telah dilaporkan dan diambil tindakan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)?
- Jumlah aduan yang telah diterima sepanjang Januari 2009 hingga Mac 2010 ialah sebanyak 2052 aduan bagi kes berkesedudukan / khalwat. Sementara aduan yang Berjaya dilaksanakan dan diambil tindakan ialah sebanyak 1764 Jumlah aduan adalah melebihi daripada jumlah tindakan yang diambil kerana aduan yang diterima tidak kesemuanya boleh diambil tindakan seperti maklumat pengadu yang tidak lengkap, maklumat berkenaan aduan yang tidak lengkap, pengadu tidak mahu bekerjasama dengan pihak penguatkuasa agama, aduan serkap jarang dan lain-lain.
-
Apakah masih wujud pasukan khas yang menangkap dan nyatakan jumlahnya mengikut daerah?
- Sudah tiada pasukan khas yang menangkap di daerah selain daripada pihak masjid dan Pegawai Penguatkuasa Agama