Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 April 2010 hingga 14 April 2010

103) PUSAT HIBURAN

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Ismail Bin Sani

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) serius menguatkuasakan pewujudan zon-zon pusat hiburan di Selangor?

    1. Pihak Berkuasa Tempatan akan meneruskan perwujudan zon-zon pusat hiburan di Selangor sejajar dengan keputusan Kerajaan Negeri pada 30 Januari 2008. Pendekatan melaksanakan zon hiburan ini adalah bertujuan untuk memudahkan pemantauan dan kawalan oleh pihak PDRM dan PBT ke atas premis-premis hiburan berlesen di PBT Selangor. Sekiranya pusat-pusat hiburan ini dibiarkan wujud secara tidak  berpusat,  maka penumpuan penguatkuasaan sukar

     

    Lanjutan daripada itu, semua pemilik premis hiburan di dalam Zon Hiburan diwajibkan mematuhi peraturan –peraturan yang ketat seperti pemasangan CCTV,  memastikan  tiada aktiviti yang tidak bermoral dan menyalahi undang-undang seperti  dadah, pelacuran, perjudian, penjualan arak kepada orang Islam dan yang  berkaitan  dengannya. Sekiranya pengusaha ingkar, maka lesen boleh dibatalkan.

  2. Nyatakan pulangan ekonomi yang dinikmati hasil kewujudan pusat-pusat hiburan sedia ada?

    1. Pulangan ekonomi yang diterima boleh dibahagikan kepada 2 kategori iaitu secara langsung dan tidak langsung. Pulangan secara langsung diperoleh melalui bayaran  lesen premis dan juga cukai hiburan. Manakala pulangan tidak langsung adalah dari    segi kedatangan pelancongan asing ke kawasan tersebut yang bakal membantu perkembangan ekonomi kawasan
  3. Nyatakan jumlah pelancong asing yang berkunjung ke premis-premis hiburan mengikut PBT dan adakah kerajaan negeri bersetuju bahawa kewujudan premis hiburan didalangi oleh kumpulan kongsi gelap (underworld)?

    1. Pada masa ini PBT masih belum melaksanakan bancian pelancong asing yang mengunjungi premis-premis tersebut. Mengenai tanggapan bahawa kewujudan premis hiburan didalangi oleh kumpulan kongsi gelap hanya boleh diterangkan dan dinyatakan oleh pihak PDRM memandang PBT tidak ada pasukan yang meneliti perkara ini dan ia tidak tertakluk di bawah kuasa

Lampiran

Tiada Lampiran.