Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
12 April 2010 hingga 14 April 2010
100) GARIS KEMISKINAN
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah anggaran rakyat Selangor yang kini berada di bawah garis kemiskinan negeri?
Anggaran rakyat Selangor yang berpendapatan di bawah RM1,500.00 adalah sebanyak 30% daripada keseluruhan penduduk Selangor.
-
Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh kerajaan negeri untuk membantu rakyat Selangor yang berada di bawah garis kemiskinan?
Kerajaan Negeri mengambil langkah-langkah proaktif untuk membantu mengeluarkan golongan miskin dari garis kemiskinan dengan mengadakan program-program peningkatan pendapatan, mengambil berat isu perumahan, memberi peluang pendidikan dan memberi bantuan rawatan perubatan. Program-program yang masih diteruskan adalah seperti berikut :-
- Program Kerajaan Prihatin
- Program peralatan “Blueprint”
- Program Kemahiran Teknikal; dan
- Program Bantuan Kesihatan