Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
12 April 2010 hingga 14 April 2010
99) KEMPEN KITAR SEMULA
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Selain daripada kempen ÔHari Tanpa Beg PlastikÕ pada setiap hari Sabtu, apakah kempen-kempen lain yang bakal diperkenalkan oleh kerajaan negeri?
- Setakat ini, Kerajaan Negeri memberikan tumpuan penuh kepada kempen “Hari Tanpa Beg Plastik”. Kerajaan Negeri bakal memperkenalkan kempen-kempen yang lain contohnya kempen untuk menjimatkan air tetapi masih di dalam peringkat kajian dan perbincangan.
-
Pengguna merasakan pembayaran 20 sen untuk sehelai beg plastik telah menguntungkan peniaga. Apakah pandangan kerajaan negeri terhadap hal ini?
Hasil kutipan caj 20 sen yang dikenakan disalurkan kepada badan-badan kebajikan?NGO alam sekitar/program-program CSR yang berkenaan dengan alam sekitar dan bukan untuk kegunaan pasar raya itu sendiri. Secara tidak langsung, masyarakat akan mempelajari untuk tidak menggunakan beg plastik kerana caj lebih akan dikenakan semasa mereka membeli belah. Pasaraya mendapat untung secara tidak langsung dengan pengurangan pembelian beg plastik kerana penggunaannya semakin berkurang. Masalah bebanan caj 20 sen kepada pengguna hanyalah sementara jika dibandingkan dengan masalah timbunan sampah plastik yang mengambil masa beribu tahun untuk dihapuskan dan menelan belanja Kerajaan Ngeri yang amat