Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
12 April 2010 hingga 14 April 2010
95) MODAL INSAN
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Dato' Haji Mohamed Idris Bin Haji Abu Bakar
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Kerajaan negeri ada program SPIES untuk membina modal insan di Selangor. Berapa orangkah yang telah dilatih sehingga akhir 2009?
- Bermula tahun 2008 sehingga akhir 2009, sebanyak 351 program telah berjaya dilaksanakan dengan melibatkan penyertaan seramai 29,243 orang. Maklumat terperinci adalah seperti berikut :
Jadual 1: Pencapaian program SPIES tahun 2008
KATEGORI PESERTA BILANGAN PROGRAM JUMLAH PESERTA Kanak – kanak 4 411 Belia 23 2303 Ibu bapa 6 714 Warga Industri 2 160 Ketua Kampung 3 330 Setiausaha JKKK 2 365 Pendidik 7 850 Remaja 7 700 Mahasiswa 12 1200 DUN 1 150 KATEGORI PESERTA
BILANGAN PROGRAM
JUMLAH PESERTA
Pegawai JAIS 2 135 Siswa 1K 4 400 Pimpinan Pelajar 2 200 JUMLAH 75 Jadual 2: Pencapaian program SPIES tahun 2009
PROGRAM SPIES
BILANGAN PROGRAM JUMLAH PESERTA
Masyarakat 1 60 Belia 91 7339 Alumni SPIES Belia 19 1670 Remaja 47 1597 Alumni SPIES remaja 10 931 SPIES Kepimpinan
/Penjawat Awam
42
3217
Warga Emas 1 50 Ibubapa 10 2000 Ibu Tunggal 2 200 Pendidik 17 1615 Pelajar IPT 3 253 Alumni SPIES Kepimpinan 1 24 SPIES Siswa 11 829 SPIES Siswa 1K 5 294 SPIES AJK Masjid 5 366 SPIES Biro Pemuda (JKKK) 11 880 JUMLAH 276 21,325 -
Apakah impak positif yang nyata hasil pelaksanaan program ini sejak dua tahun yang lalu?
- Berdasarkan daripada maklum balas secara lisan dan testimoni melalui laman Web mengenai program SPIES adalah memberangsangkan, di mana terdapat perubahan sikap dan persepsi peserta ke arah yang lebih baik dan
Selain itu, Hasil kajian keberkesanan pelaksanaan program SPIES yang dijalankan ke atas peserta Kursus bagi tahun 2009, 5,074 maklum balas peserta telah di analisa dan majoriti telah memberikan maklum balas yang positif kepada kursus ini. Hasil kajian ini menunjukkan purata skor yang diperolehi adalah 3.48 (purata penuh adalah 4.00) mengatakan kursus ini memberikan keberkesanan ke atas aplikasi kehidupan mereka.
Keyakinan yang tinggi melalui purata skor yang diberikan ini adalah merupakan satu manifestasi atau terjemahan kepada keyakinan positif peserta ke atas kursus ini, melalui pengenalan elemen-elemen teras yang terdapat dalam SPIES iaitu pembinaan hubungan sesama manusia dan pencipta, pengurusan emosi yang baik, kepentingan penjagaan fizikal, dan pembinaan daya intelek yang tinggi. Melalui kursus SPIES ini, kerajaan negeri telah menyediakan satu platform yang baik dan terancang dalam mewujudkan satu masyarakat yang cemerlang dan seterusnya melahirkan warga yang bertamadun dari segi aspek fizikal dan spiritual.
-
Adakah kerajaan negeri bersetuju bahawa kewujudan banyak pusat hiburan telah merosakkan agenda SPIES negeri?
- Kewujudan banyak pusat hiburan di Negeri Selangor tidak merosakkan agenda SPIES kerana pusat hiburan ini telah wujud sebelum SPIES diperkenalkan lagi. SPIES adalah satu usaha mengupayakan rakyat agar mereka mampu menjadi self regulatory kerana dilatih untuk berfikir secara analytical dan kritikal dalam SPIES. Justeru mereka mampu memilih sendiri jenis-jenis hiburan yang positif bukan yang boleh melekakan dan menggelapkan masa depan
Pelaksanaan Program SPIES juga menekankan nilai – nilai murnimoral yang universal sebagai asas dalam membina masyarakat Selangor yang cemerlang. SPIES tidak terjejas dengan kewujudan pusat hiburan tetapi Kerajaan Negeri mengharapkan supaya program SPIES akan dapat menambahkan kesedaran masyarakat dan pembuat polisi bagi mengurangkan bilangan pusat hiburan di Negeri Selangor.